e

Monday, July 2, 2012

Aku Menangis Kerana Kehilangan Kasut..

DI SAAT AKU MENANGIS KERANA KEHILANGAN KASUT, AKU TERJUMPA INSAN YANG MENANGIS KERANA KETIADAAN KAKI.. (Edisi Motivasi Sentap)

Beberapa hari lepas, aku terjumpa kata-kata yang seakan di atas di Facebook (aku tak ingat ayat yang sebenarnya, jadi aku tulis balik dan kongsikan di sini berdasarkan ingatan & pemahaman aku.) Mungkin ada diantara korang yang pernah terjumpa kata2 di atas, & pasti ramai yang jelas dengan mesej & maksud disebaliknya yang ingin disampaikan~ iaitu BERSYUKUR!

Bukan nak kata kita ni (termasuk aku) tak pandai nak bersyukur, malah aku pasti ramai yang berada di luar sana telah diajar tentang konsep ini sejak kecil, kan? Secara formal atau tidak.. Tapi sebagai manusia biasa, ada masanya kita merasakan diri kita lah yang paling malang apabila ditimpa sesuatu musibah.. Padahal kita lupa, ada ramai lagi insan yang keadaannya tidak sebaik kita, malah, mungkin ada yang lebih teruk.. Tak percaya? Meh tengok gambar ni..



Pernah tak korang tengok kanak kanak yang mengalami keadaan seperti ini? Perghh.. Kalau korang nak tahu, kali pertama aku tengok dia ni depan mata aku, aku menangis! Huhu.. Siapa dia ni? Haa.. Ni lah anak murid aku.. Darjah 4.. Buat masa ni, kami tak pasti lagi rawatan terbaik untuk ubati dia. Cuba bayangkan ek, macam manalah perasaan kita kalau berada kat tempat dia.. Tak pun, kalau kita berada kat tempat mak dia..


Yang gambar kat atas tu pulak, seorang lagi murid aku yang buta- tengah berlatih menyanyi untuk persembahan hari guru. Yang bercekak tu, kawan baik aku (sila abaikan dia k). Ini lagi satu contoh.. Macam mana lah ek rasanya tak dapat melihat sejak kecil?? Besar tu cabarannya..

Gambar-gambar yang seterusnya ni pun, anak murid aku. Selain buta, ada di kalangan mereka ni yang mengalami rabun.. Tapi bukan sebarang rabun yang boleh diperbaiki dengan memakai cermin mata.. Maksudnya, pakai cermin mata pun, masih tak dapat membantu apa apa.. Bukan senang nak membaca dalam keadaan macam tu..


Memperkenalkan tulisan braille kepada seorang pengungjung karnival


Menunjukkan cara membaca braille pada wartawan di Hari Tongkat Putih Sedunia, 2010


Tunjuk cara penggunaan talking calculator..

Jadi, macam mana? Pendapat korang, berbanding dengan mereka ni, besar tak dugaan dan masalah kita?

Apapun, sebesar manapun cabaran hidup mereka, mereka masih jalani kehidupan macam biasa.. Tak ada apa pun yang menghalang mereka untuk hidup macam insan normal lain..

Kita minum dulu.. :)

5 comments:

  1. bila deno dapat SLE.. pernah jugak rasa mcm sedih sgt kenapa deno sakit mcm ni.. dah la xde ubat sakit deno ni.. tapi mak selalu nasihat, jika kita rasa kita sakit, ada orang lebih sakit daripada kita dan kita perlu bersyukur.. sakit2 kronik deno pun, deno bersyukur dikurniakan pancaindera yg sempurna.... syukur pada allah.....

    ReplyDelete
  2. Ye sebagai Hamba Allah..bersyukur itu pasti!..:)

    ReplyDelete
  3. bila dlm keadaan bermasalah..elok juga ada reminder spt awak zam. Thanks. Tgok di seliling dan bandingkan dgn apa yg sendiri ada..baru sedar..Allah bagi apa yg kita perlu lebih drpd apa yg kita hendak.

    ReplyDelete
  4.  JOM MENONTON ,TV TERENGGANU ,TV PAS ,TV SELANGOR,TV KELANTAN ,BERNAMA TV TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv ,emastv,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie ,astro arena ,hbo movie,star plus,national geografi,net geo, discovery channel ,AXN BEYOND HD,Bloomberg Tv,Cinamax,dan banyak lagi  DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html  menonton secra percuma tak perlu daftar dan x perlu bayar
    TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,Terdapat juga pelbagai siaran radio dan tv dari pelbagai negara di sini live hanya untuk anda,terdapat juga pelbagai siaran telivisi dan radio online indonesia di sini..

    ReplyDelete