Artis Bertudung Tak Perlu Mengeluh
Seringkali
kita mendengar tentang kisah penghijrahan artis2 wanita kita yang telah
bertudung akhir2 ini. Antaranya Yatt Hamzah, Siti Fazurina (Pelakon
Dunia Anita), Sharifah Sofia, Nuremy Ramly & ramai lagi lah
~mungkin korang boleh senaraikan dengan baik dari Zam lagi :) Apapun
Alhamdulillah kan.. Jika ia satu trend sekalipun, ia adalah dari hidayah
Allah SWT & merupakan satu usaha yang murni. Bagaimanapun, mereka
tidak lari dari isu seperti kurang mendapat tawaran berlakon & kerja
selepas berhijrah. Pun begitu, itu semua bersifat sementara &
anggaplah ia satu ujian dari Allah SWT. Keadaan ini juga diakui oleh
pelakon, penerbit & selebriti masakan~ Sheila Rusly.
Berdasarkan kepada pengalamannya Sheila berkata, kerjaya dan
perniagaannya tidak merudum sebaliknya dia menikmati kesan positif
terutama sekali selepas pulang daripada menunaikan ibadat Haji pada
hujung 2007.
"Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung.
“Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung."
Aktres berpengalaman Aida Khalida pula berkata, senario
tawaran lakonan yang terjejas selepas bertudung hanya bersifat sementara
kerana dia juga tidak terlepas daripada pengalaman itu ketika mula
bertudung kira-kira empat tahun lalu.
“Bagi saya, isu tawaran terjejas atau merosot adalah ujian Allah
kepada artis yang baru berhijrah. Ketika mula-mula bertudung empat tahun
lalu, saya pun hadapi perkara yang sama tetapi ia hanya sementara.
“Berkat keyakinan, doa dan usaha Allah pasti bukakan pintu rezeki kepada kita. Tawaran kerja yang konsisten atau terjejas tiada kaitan dengan bertudung kerana ia adalah perkara wajib bagi wanita Muslim,” katanya.
Petikan
diatas Zam petik dari artikel di mStar Online. Pendapat Zam, rezeki
Allah SWt tu ada di mana2, kan.. Selagi kita berusaha. Sekarang, jom
kita tengok ayat Al Quran & Sunnah yang menyokong pendapat ini:
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,
pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan
bumi…” (Al-A’raf: 96)
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati
di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman:
‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan
penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu
dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku
akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan
kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya
kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu
diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan
petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.)
SUMBER
Insya Allah, semoga ia dapat membantu menetapkan hati kita untuk yakin dengan pasti bahawa rezeki Allah ada di mana2 :)
No comments:
Post a Comment