e

Tuesday, July 31, 2012

Warga Emas Dipukul Anak: Koma Seminggu Sebelum Meninggal Dunia~ SEDIH!


Kejadian yang menimpa sekitar kawasan perumahan aku. Kenapa sampai begitu sekali tergamak pukul ayah sendiri.. Berikut artikel yang dipetik dari My Metro:

KUCHING: Seorang warga emas yang bertarung nyawa lebih seminggu selepas koma dipercayai akibat dipukul anak sendiri, disahkan meninggal dunia di hospital, semalam. Difahamkan, mangsa, 77, dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai dipukul seorang anaknya berusia 40-an yang tinggal bersama lelaki berkenaan di rumahnya di Batu Kawa, di sini. Menurut sumber, sejurus mangsa dimasukkan ke hospital, adik suspek membuat laporan polis mendakwa lelaki itu dipukul abangnya selepas berlaku pertengkaran. Katanya, adik suspek mendakwa bapa ditolak dan dipukul suspek menyebabkan dia patah tulang rusuk. “Sebaik menyedari mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri, suspek membawa mangsa ke HUS bagi mendapatkan rawatan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga mangsa disahkan meninggal dunia hari ini (semalam).

2 comments:

  1. Ya Tuhan, mna pergi akal fikiran dia kan, tanpa bapa tiada dia di dunia ni. Mintak di jauhi kita dr terjadi sebegitu.. ermmm rindu kat mak abah..

    ReplyDelete