e

Thursday, August 30, 2012

BAS EKSPRES REMPUH KEDAI MAKAN DI DUNGUN!


 
DUNGUN: Sepuluh penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin nyaris maut setelah sebuah bas ekspres merempuh rumah kedai dan kedai menjual barangan basah di kilometer 84.5 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, Jalan Batu 7 berhadapan politeknik itu di sini Khamis. Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi, kesemua pelajar diploma jurusan Kejuruteraan Elektrik tahun pertama itu baru hendak menikmati makanan di kedai berkenaan.

Menceritakan detik-detik cemas itu, pelajar Azizul Hakimi Ibrahim, 18, berkata ketika kejadian, kesemua mereka berada di bahagian luar kedai dan mendengar bunyi bising serta teriakan daripada anak peniaga berkenaan. "Ketika berpaling, kami lihat sebuah bas meluncur laju ke arah kedai tempat duduk kami dan masing-masing cepat melompat lari menyelamatkan diri daripada dirempuh bas berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Seorang lagi pelajar, Mohd Mujiburrahman Hanafi, 18, berkata dia sempat melihat bas ekspres yang terbabas laju itu menyeret sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki dua orang. "Saya sangkakan bas itu hendak berhenti di kedai berkenaan namun kenderaan itu tetap meluncur laju sebelum melanggar sebuah kereta dan terus merempuh kedai menjual makanan basah dan kedai makan ini. "Ketika itu, saya yang panik terus menjerit dan suruh rakan lain selamatkan diri," katanya.

Akibat rempuhan itu, kesemua pelajar terbabit dihantar ke Hospital Dungun kerana mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki, tangan, kepala dan muka kerana dihempap kayu bangunan itu.

Sementara itu, pemilik kedai, Wan Maznah Wan Abdullah, 51, berkata ketika kejadian, dia sedang memasak di dapur apabila tiba-tiba terdengar anak perempuannya menjerit.
Dia lantas keluar dan tergamam melihat sebuah bas dari arah Kemaman menghala ke Kuala Terengganu itu melanggar kedainya.

"Ketika kejadian, kira-kira 30 pelanggan saya sedang makan sebelum dikejutkan rempuhan kuat dari bas berkenaan. "Saya bersyukur kejadian ini tidak melibatkan kecederaan yang parah kepada pelanggan serta anggota keluarga saya," katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata kejadian berpunca daripada masalah brek bas yang dipandu Zahri Muda, 39."Pemandu bas itu cedera ringan manakala pemandu dan penumpang kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - BERNAMA

ENTRI BEST & SEMPOI UNTUK DITERJAH!!

 

TERBARU 30 OGOS!! GAMBAR: Kebakaran Bangunan Di Masjid Jamek, KUALA LUMPUR Petang Tadi

9 Gambar Terbaru: DETIK USTAZ DON DANIYAL MELAFAZKAN AKAD NIKAH

 6 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN USTAZ DON DANIYAL DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS~ ARTMOSPHERE PHOTOGRAPHY






No comments:

Post a Comment