BEKAS pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei bakal mengikut
jejak langkah Lin Dan yang akan melangsungkan perkahwinan selepas
merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan.
Pemain yang kini berada di ranking kedua dunia bakal mengahwini
bekas ratu badminton negara Wong Mew Choo, meskipun pernah berpisah.
Begitupun Chong Wei belum menetapkan tarikh dan tempat melangsungkan perkahwinan.
“Mungkin saya akan berhenti bermain tahun depan kerana tiada
kejohanan besar dan mahu merancang perkahwinan. Saya tidak lagi muda
seperti dulu,” kata Chong Wei.
Mew Choo, 29, kini bergelar jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) selepas bersara sebagai pemain tahun lalu.
“Kami saling mengenali sejak sekian lama. Ada kalanya berdepan situasi sukar dan bahagia, itulah hubungan kami kerana saya fokus kepada kerjaya dan salah faham sering berlaku,” kata Chong Wei mengulas mengenai kisah cintanya dengan Mew Choo yang pernah terputus sekitar 2009, ketika dia menjalani latihan di Korea Selatan. -Bernama
ENTRI BEST & SEMPOI UNTUK DITERJAH!!
No comments:
Post a Comment