Pandelela ceriakan kontinjen negara dengan gangsa
LONDON 10 Ogos - Pandelela Rinong ternyata tidak menghampakan
sandaran negara terhadapnya apabila dia menghasilkan pingat kedua
Olimpik buat kontinjen Malaysia, selepas menduduki tempat ketiga saingan
akhir 10m platform wanita individu, awal pagi tadi.
Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar
pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20
mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan
gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia,
Brittany Broben (366.50).
Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang
disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki
persembahan Malaysia pada Beijing 2008. - UTUSAN
assalamualaikum zamani...tahniah2 buat penerjun negara kita Pandelela Rinong kerana telah berjaya membawa pulang pingat gangsa buat Malaysia...:)
ReplyDeleteWaalaikumussalam kak Maszul~ itulah, terasa & tumpang happy gak ni ;))
ReplyDeleteterasa bangga! meremang bulu roma bila nampak bendera malaysia naik kat temasya olimpik...
ReplyDeletehttp://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/semangat-buat-dato-lee-chong-wei.html