Hadiah khas untuk Pandelela - Ketua Menteri
KUCHING 10 Ogos - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud
berkata hari ini beliau akan mengumumkan pemberian hadiah khas kepada
peserta Olimpik dari Malaysia, Pandalela Rinong sekembalinya dari
kejohanan berprestij di dunia itu.
Beliau berkata hadiah tersebut akan bersesuaian dengan kejayaan
athlet terjun berusia 19 tahun itu yang muncul sebagai wanita pertama
Malaysia memperoleh medal gangsa dalam acara platform 10 meter.
"Kita berbangga kerana mempunyai seorang rakyat Sarawak memenangi
pingat gangsa dalam Olimpik dan dia akan menjadi daya inspirasi kepada
mereka yang lain," kata Taib ketika diminta mengulas kejayaan yang
dicapai oleh Pandelela itu.
Dalam acara peringkat akhir di Pusat Akuatik London awal hari ini,
Pandelela bermula kurang baik namun kembali mencabar dengan mengumpulkan
359.20 mata di belakang pemenang pingat emas Chen Ruolin dari China dan
perak dirangkul oleh peserta Australia, Brittany Broben.
Dengan kejayaan ini, Pandelela akan menerima ganjaran RM150,000 di
bawah sekim insentif Kementerian Belia dan Sukan dan pencen bulanan
RM2,000. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment