Mungkin ramai yang dah jadi peminat drama ni, sejak ia ditayangkan baru2 ini kan.. Apapun, Zam sendiri belum sempat untuk menontonnya.. Terbaru, pengarah untuk drama 80 episod ini menceritakan kisah mereka (pelakon & krew drama) yang dihalau sewaktu hendak menjalani penggambaran di Masjid Nabawi. Setelah membaca artikel yang dikongsikan di Murai.com, mungkin apa yang boleh Zam simpulkan, lain padang lain belalang, lain tempat lain budayanya.. Mungkin apa yang dilakukan oleh mereka biasa di Malaysia, tetapi mungkin tidak disenangi oleh penduduk disana. Jom ikuti artikel di bawah ini:
"KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2012: Bukan mudah hendak
menjayakan drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa yang kini telah pun
ditayangkan di saluran Mustika HD (saluran 134) pada 27 Ogos lalu,
apatah lagi bila penggambarannya di lakukan di di luar Masjid Nabawi,
Madinah. Apa tidaknya, sedang elok-elok penggambaran Adam & Hawa dilakukan
di sana, tiba-tiba seluruh krew produksi termasuk pelakon hebatnya,
Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa telah dihalau dari tempat itu.
Bukan setakat itu saja, insiden itu juga turut menyebabkan mereka
didatangi oleh sekumpulan polis yang pada mulanya tidak membenarkan
penggambaran siri itu dijalankan di kawasan luar masjid tersebut. Perkara ini telah didedahkan oleh pengarahnya, Feroz Kader sewaktu
berkongsi cerita mengenai pengalamannya dan krew produksi menjayakan
penggambaran drama bersiri terbaru terbitan syarikat produksi Global
Station Sdn Bhd itu.
"Selain cuaca yang agak panas luar biasa di Mekah, kami telah mengalami
insiden kena halau oleh penduduk di Madinah yang marah kepada kami
kerana menjalani penggambaran di tempat mereka. "Bukan itu sahaja, tidak lama kemudian kami didatangai oleh sekumpulan
polis di sana yang pada mulanya tidak membenarkan kami meneruskan
penggambaran. Namun selepas kami berbincang dan menjelaskan tujuan kami
menjayakan penggambaran di situ adalah untuk memberi pengajaran kepada
penonton, barulah mereka benarkan kami teruskan penggambaran tersebut.
"Bagi saya ia pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh kami seluruh
produksi yang ketika itu agak cuak kerana tidak sangka mendapat respon
syang sebegitu sekali daripada masyarakat di sana," katanya kepada
murai.com.my ketika dihubungi. Seluruh produksi Adam dan Hawa telah menjalani penggambaran di Madinah dan Mekah selama 8 hari bermula sekitar Mei lalu."
Mmg tak sesuai shooting kat situ.
ReplyDeletelaa , kat madinah memang camtu, ustaz mad dulu curi curi je amik gambar kat situ..
ReplyDeleteitu adalah ujian utk menjayakan drama tu la agaknya...
ReplyDelete