e

Thursday, August 9, 2012

Secara Purata, Lima Permohonan Kerja Menggunakan Ijazah Palsu Dikesan Setiap Minggu!

>>Ramai Guna Ijazah Palsu Untuk Dapat Pekerjaan<<





PETALING JAYA: Dengan pasaran pekerjaan menjadi begitu kompetitif pada hari ini, kebanyakan pemohon menggunakan sijil diploma dan ijazah palsu selain berbohong untuk mendapatkan pekerjaan.

Sebuah syarikat khusus dalam pemeriksaan pra-pekerjaan mengesan purata lima permohonan dengan ijazah atau sijil palsu setiap minggu.Manakala sebuah firma penyiasatan penipuan mendapati kira-kira 10% hingga 15% permohonan yang diteliti menggunakan kelayakan palsu, sebahagian daripadanya dikeluarkan oleh universiti yang tidak wujud.

Pengarah Urusan Verity Intelligence Sdn Bhd, Mark Leow Boon Kuan berkata, kebanyakan dokumen dipalsukan dengan bijak dan boleh memperdayakan sesiapa saja.

"Kira-kira 2,000 permohonan yang kami teliti setiap bulan, 20 daripadanya ditemui menggunakan ijazah dan sijil palsu. Kami berjaya mengesan 130 dokumen palsu setakat ini untuk tahun ini."Sebilangan besar kes melibatkan diploma dan ijazah palsu tetapi kami turut menemui sarjana dan PhD palsu. Kebanyakan pemalsuan itu dilakukan sendiri oleh pemohon," katanya.

Leow teringat kes seorang lelaki yang memalsukan Sijil Pelajaran Malaysianya (SPM).
"Ia amat lucu kerana di dalam sijilnya menyatakan dia dari sekolah perempuan," katanya.
Leow juga berkata, kira-kira 50% pemohon menipu mengenai sesuatu perkara dalam resume mereka.

Untuk bacaan lanjut, klik di SINI.

(ps: Pada mereka yang dah berkerjaya, bersyukur sangat2.. kalau lah kita berada di tempat mereka, pasti kita merasai kesukaran mereka untuk bersaing & mengikut kehendak serta keperluan zaman sekarang..)

1 comment: