e

Saturday, August 11, 2012

TERKINI: Suami Eksekutif Pentadbiran TV9 Dihadapkan Ke Mahkamah

Allahyarhamah Nur Syaleza Jaffar


PETALING JAYA: Suami kepada Eksekutif Pentadbiran wanita TV9, dituduh di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan membunuh isterinya di kediaman mereka di Damansara Damai, bulan lalu.

Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, bekas pekerja bahagian teknologi maklumat (IT) Bernama dilihat mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Tertuduh kini bertugas sebagai eksekutif IT di sebuah syarikat gas dan minyak.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Norazman Bashah dituduh membunuh mangsa di rumah bernombor 115, Tingkat 1, Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Sungai Buloh antara jam 12.30 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

5 comments:

  1. Perkara camni pon boleh berlaku di bulan puasa ni ya. Tataulah dunia skarang ni...dunia dah di akhir zaman kan.

    ReplyDelete
  2. gagal mengawal emosi membuatkan seseorang itu akan hilang kewarasan. pergaduhan dan persengketaan diantara suami isteri tidak sepatutnya diakhiri dengan pembunuhan

    ReplyDelete
  3. yg jd mangsa ank dia..xdpt bygkn prasaan ank die kalo taw ayh die sndiri yg bnuh mak die..huhu..

    ReplyDelete
  4. apa cerita ek kes ni? tak follow dah

    ReplyDelete