e

Saturday, September 29, 2012

"Akukah Sahabat Itu?"



Persahabatan~ antara satu bentuk ikatan yang walaupun berbeza dengan ikatan kekeluargaan & perkahwinan, namun ia menuntut persefahaman & pengorbanan yang sangat tinggi. Walaupun ia boleh putus di pertengahan jalan-tidak seperti ikatan kekeluargaan, tapi tega kah kita untuk meninggalkan sahabat yang pernah bersama sama di saat susah payah kita?

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda :

"Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki, belakang-membelakangi dan pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara (dengan berkasih-sayang dan ziarah-menziarahi). Dan tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memulaukan) saudaranya lebih dari 3 hari ".

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
 
Antara hadis yang aku dapat kongsikan disini. Jelas mendalam pengertiannya, Rasulullah SAW menitikberatkan hubungan persaudaraan & melarang kita memutuskan sillaturrahim. Jadi, tindakan yang boleh menjuruskan kearah itu juga haruslah di elakkan, betul tak? Ataupun, ditangani dengan sebaiknya agar tidak merosakkan hubungan persahabatan.

Banyak tuntutan yang perlu dipenuhi dalam hubungan ini~ persefahaman, tolak ansur, kesabaran & kepercayaan. Mungkin kita boleh mendabik dada mengatakan kitalah sahabat yang baik buat si dia, tapi selagi kita tidak pernah diuji, kita tak kan tahu bahawa tanggapan itu sebenarnya sesuatu yang sukar untuk dijalankan (Biasalah tu, hubungan & ikatan mana yang pernah terlepas dari diuji, kan?).

Aku tak merujuk mana2 pihak dalam penulisan entri kali ini. Lebih kepada refleksi diri sendiri sebenarnya. Bila direnung kembali, aku tertanya adakah aku seorang rakan yang baik selama ini. Aku akui, sukar juga memenuhi tuntutan & tanggungjawab itu dalam sesetangah situasi.. Mungkin disebabkan kekhilafan diri aku sendiri.. Hmm.. Eh, entri ni dah macam serius lak rasanya.. Cadangnya nak ditulis secara santai je.. Ok lah.. Setakat ini saja buat masa ini. Sekadar menulis untuk memenuhi rutin hari ini. Dari pagi tadi cuma sempat tulis satu entri je, sbb ada aktiviti di sekolah & kepenatan selepas aktiviti itu. Insya Allah, ada kesempatan nanti, aku akan update lagi dengan entri berkaitan itu. Sehingga itu, jumpa lagi di entri lain selepas ini.
 

10 comments:

  1. setuju dengan awak kita kena tanya diri kita dulu kan? kita dah jadi rakan yang terbaik ataupun tak huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. hana seorang rakan yang baik untuk rakan yang baik terhadap hana :P

    ReplyDelete
  3. sahabat nie sukar ditemui..apabila kita dah temui dia..jgn sia-siakan kehadiran dia dlm hdup kita..yana ade sahabt n InsyaAllah akn cuba utk mnjd sahabat terbaik bg sahabt2 yana.. =')

    ReplyDelete
  4. Sue, yup, tak mudah juga, tapi kalau ada persefahaman, semua tu boleh diharungi dgn baik

    Hnahdy, itu yang sepatutnya :))

    ReplyDelete
  5. Selalu rasa macam kita adalah shbt yg terbaik..hakikatnya, kita lupa, kadang2 ada juga terguris perasaan mereka tanpa kita sedar dlm kbaikn yg kita buat.

    ReplyDelete
  6. and i suppose that 's why people always say that KAWAN and SAHABAT are two different things :)

    ReplyDelete
  7. sahabat sejati susah dicari. kawan itu ada di mana-mana

    ReplyDelete
  8. kawan mmg senang nk dapat.. tp kalau sahabat nk dpt sorang pon payah.. huhu

    ReplyDelete
  9. sukar nak menjumpai sahabat yang sememangnya setia dan jujur pada kita. sangat bertuah jika kita dapat menjumpai sahabat sejati

    ReplyDelete
  10. susah utk cari seorang sahabat yg tbaik utk kita and kita pn xtau samada kita dah tbaik tuk dia or sbaliknya, tp yg pasti seorang shbt yg bsahabt krn ALLAH Taala, akan sntsa igt & hrgai shbt dia even jauh d mta tp dkt d ati.. :)

    ReplyDelete