Assalamualaikum & Selamat Pagi Ahad buat semua~ Dalam mood santai & beristirehat, Zam nak kongsikan kisah menarik tentang majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna baru baru ini. Artikel ini dikongsikan di Facebook oleh jurukamera rasmi majlis itu, Nadia Zahari. Apa yang disampaikan, memang ada benarnya & membuka minda kita.. Insya Allah :)
Kisah Perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna
Salam, disini saya ingin share pengalaman saya dan rakan saya Artmosphere Photography berbual dengan Ustaz Don tentang majlis perkahwinannya :)
- Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
- Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
- Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
- Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
- Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
- Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
- Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
- Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
GAMBAR GAMBAR INI DIAMBIL DARI ARTMOSPHERE PHOTOGRAPHY, NADIA ZAHRI PHOTOGRAPHY & PHOTOLINE CREATIVE STUDIO. KREDIT SEPENUHNYA KEPADA MEREKA UNTUK HASIL FOTOGRAFI YANG CUN2 INI ;)
=)
ReplyDeleteCantik sy auka jgk pendapat ustaz psal hantaran..solekan..pelamin n inai pengantin tu..
ReplyDeletenak tanya, inai 3 jari y lelaki pakai tu ntuk tujuan berubat ke? ntuk sakit apa?
ReplyDeletesweetnyer..
ReplyDeletemmg contoh yg terbaikkk..
thank for sharing...
ReplyDeletehttp://www.zahidahwahid.com/2013/08/hadiah-dari-pheonix/
"al-Quran & kitab tak diletakkan sama level dengan kasut" tue yg penting...=)
ReplyDelete"al-Quran & kitab tak diletakkan sama level dengan kasut" tue yg penting...=)
ReplyDelete