Petang semalam waktu online di FB, ternampak beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh kawan2 di Serdang tentang banjir kilat yang berlaku di sana. Tak sangka juga, dah lama kawasan perumahan kami tu tak dilanda banjir. Teruk pula tu. Banyak rumah yang dimasuki air & kenderaan yang ditenggelami air. Terus Zam telefon family di Serdang bertanyakan perkembangan di sana. (untuk makluman Zam membesar di sana & sekarang berkerja di Kuching). Alhamdulillah, family tak terjejas sangat dengan bajir kilat tu.
Pagi ini, seperti biasa waktu menyelak akhbar online di MyMetro tadi, terjumpa pula berita ini. Turut terjejas ialah sekolah Zam dulu, SK Sri Serdang. Jadi Zam kongsikan di sini untuk bacaan pengunjung blog Zam.
TAMAN SRI SERDANG DILANDA BANJIR KILAT
KUALA LUMPUR: Lebih 350 buah rumah dan 100 kenderaan ditenggelami air
sedalam satu meter dalam kejadian banjir kilat di Taman Sri Serdang
dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias
berkata hujan lebat selama dua jam bermula 4.30 petang itu menyebabkan
air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah dan menenggelamkan
rumah serta kenderaan penduduk sekitar.
“Turut terperangkap kira-kira 300 pelajar dan 23 guru dari dua buah
sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Indah, namun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan
penyelamat kira-kira jam 9.30 malam tadi,” katanya ketika meninjau
keadaan banjir di sini semalam.
Abdul Razak berkata pihaknya menyediakan pusat pemindahan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tiada penduduk yang dipindahkan.
Abdul Razak berkata pihaknya menyediakan pusat pemindahan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tiada penduduk yang dipindahkan.
“Air mula surut sejak pukul 7 malam, dan saya dimaklumkan oleh penduduk kali terakhir berlaku banjir kilat di kawasan ini adalah 27 tahun lalu,” katanya.
ENTRI BEST & SEMPOI UNTUK DITERJAH!!
adik2 sepupu saya dapat cuti peristiwa arini..dorg pon duduk serdang...Alhamdulillah xde pape yg buruk jadi dekat dorg..
ReplyDeletesiannye
ReplyDeletewah.. teringat banjir kilat di kajang dulu. dasat. Alhamdulillah, banjir setakat banjir.. semoga tiada yang buruk berlaku.
ReplyDeleteYang gambar first tu yang tepi skali tu ayah saya. Yang tunduk tu kakak saya. Yang pakai baju biru tu abang saya.
ReplyDelete