HIKMAH MENJADI PEMAAF
Siapa tak pernah buat kesalahan dalam hidupnya, kan? Samada melibatkan diri sendiri atau orang lain di sekeliling, pasti mengundang impak yang negatif & tidak menyenangkan. Selain itu, pesalah dibelenggu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Tapi bukanlah tiada penyelesaian langsung untuk itu.. Apa yang perlu dilakukan, pesalah harus meminta maaf, & seterusnya terserah kepada mereka yang lain untuk memaafkan (walaupun hakikatnya ramai yang sukar untuk bertindak seperti itu- menjadi PEMAAF!)
Apa yang pasti, seseorang yang boleh memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya merupakan individu yang berjiwa besar & berfikiran positif. Pernah tak, dalam kehidupan ini, korang bertemu dengan individu yang seumpama itu? Atau mungkin, korang sendiri yang mengalaminya~ memaafkan kesilapan orang lain? Zam boleh faham, dalam situasi ini (selaku orang yang memaafkan), kita sendiri berasa tidak selesa bila menyimpan perasaan marah & dendam kepada pesalah. Cara terbaik untuk melepaskan ketidakselesaan itu, adalah dengan menjadi pemaaf. Kerana mungkin kita sedar- seperti yang dikatakan dalam ayat diatas: MEMAAFKAN MEMANG TIDAK DAPAT MENGUBAH MASA LALU, TAPI INSYA ALLAH AKAN MEMPERMUDAH MASA DEPAN.
suka ayat yg terakhir tu.
ReplyDeleteterbaik...betul2...yg penting hati pun boleh jadi tenang...
ReplyDeletep/s: boleh cerita detail pasal create link kat post org lain...tq..