BILAKAH HARI JADI DORAEMON??
DORAEMON~ Siapa sangka watak kartun yang popular dari Jepun sejak ia ditayangkan di Malaysia awal 90 an dulu ini juga mempunyai tarikh lahirnya sendiri. Tapi dari manakah Doraemon mendapatkan 'tarikh lahir'nya, memandangkan dia hanyalah satu watak rekaan semata mata?
Itulah yang menjadi pertanyaan bila Zam terlihatkan promosi Hari Jadi Doraemon di PAGE Facebook nya sepanjang hari ini. Gambar2 berkaitan sambutan hari jadinya kerap naik di wall FB Zam, membuatkan Zam berminat untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut. Pada mulanya Zam sangkakan tarikh tu ditetapkan sempena kemunculan pertama Doraemon melalui terbitan komiknya di Jepun, tapi sangkaan tu meleset.
Mengikut pelukis asal & jalan penceritaannya, Doraemon telah dicipta pada 3 SEPTEMBER 2112 di MATSUSHIBA ROBOT FACTORY (umum mengetahui Doraemon adalah robot KUCING yang datang dari masa depan), dan tarikh itu adalah PADA HARI INI! Patutlah!!
Apa yang lebih menarik ialah, mereka meraikan 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon pada hari ini ;) (info: warna asal Doraemon adalah kuning, tetapi kerana telinganya digigit oleh tikut, dia menangis dengan banyak sehingga melunturkan warna kuningnya menjadi biru.. hehe..)
Selain tarikh hari jadinya 12.9.3, terdapat beberapa fakta & info yang menarik tentang Doraemon yang mempunyai persamaan dengan angka itu.
Doraemon weights 129.3 kg, is 129.3 cm tall, can reach a speed of 129.3
km/h (but only when his scared) and can jump 129.3 m (also, only when
threatened). His maximum power is 129.3 hp, his circumference is 129.3
cm, and his feet have a diameter of 129.3 mm.
Apapun, Selamat Hari Jadi Cik Dora.. ;)
Sangat suka doraemon...
ReplyDelete