e

Thursday, September 6, 2012

Kanak-Kanak Dirempuh Kereta Di Dalam Rumah

KERETA REMPUH RUMAH KEDAI DI TUMPAT, KELANTAN 


Datuk mangsa memegang bendera kepunyaan mangsa. Mangsa yang berusia dua tahun dikatakan sedang bermain sambil memegang bendera tersebut sebelum kejadian.


Antara berita utama di Harian Metro hari ini: Seorang Kanak Kanak Dirempuh Oleh Sebuah Mercedez Benz Di Dalam Rumah. Kesian bila mengenangkan budak lelaki yang baru berusia 2 tahun tu dirempuh ketika sedang bermain di dalam rumahnya. Dimaklumkan, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 60 tahun itu merempuh sebuah rumah kedai dimana pada ketika itu mangsa sedang bermain dengan benderanya sambil diawasi oleh ibunya yang pada masa yang sama sedang menemani 2 orang lagi anaknya membuat kerja sekolah. Mungkin kereta tersebut hilang kawalan & terbabas lalu merempuh rumah kedai milik datuk mangsa.. Nauzubillah.. Malang memang tak berbau.. Buat keluarga Adam Fidaus, takziah diucapkan.. Kepada pembaca sekalian, sama sama lah kita hadiahkan Al Fatihah untuk arwah. 

Berikut adalah artikel dari akhbar tersebut.


"TUMPAT: Seorang budak lelaki berusia dua tahun yang sejak beberapa hari lalu sering bermain sambil mengibar Jalur Gemilang, maut dalam keadaan masih memegang bendera kebanggaan negara itu selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas sebelum merempuh rumah kedai milik datuknya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Kampung Dalam Rhu, di sini, mangsa, Adam Firdaus Mohd Shukri meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat akibat parah di kepala, badan serta patah tulang rusuk.

Sebelum kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu bermain sambil memegang Jalur Gemilang di ruang tamu dengan diawasi ibunya, Nik Salwani Abdullah, 26, yang ketika itu menemani dua lagi anaknya, Shahrul Yuzy Faizal, 10, dan Mohd Ikhwan, 5, yang membuat kerja sekolah.

Tiba-tiba, sebuah Mercedes Benz 190E dipandu seorang lelaki berusia 60-an merempuh bahagian depan rumah kedai dan mangsa terseret bersama runtuhan konkrit dinding sebelum terbaring berlumuran darah di satu sudut ruang tamu.

Kanak-kanak itu diangkat neneknya, Aisyah Seberang, 55, ke luar rumah dan dibawa jiran ke Hospital Tumpat, tetapi disahkan sudah meninggal dunia."




1 comment:

  1. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un...mcm2 kejadian skrg ni..

    ReplyDelete