NURUL SYUHADA NURUL AIN LETAK JAWATAN?
Itulah yang Zam baca di MEDIA HIBURAN sebentar tadi. Bersumberkan MyNewsHub, personaliti TV3 ini dikatakan telah meletak jawatan, namun tidak dinyatakan sebab kenapa beliau mengambil tindakan itu.
Mungkin ramai yang mengetahui kontroversi yang tercetus baru baru ini berkaitan dengan isu perkataan "Daif" yang Zam pasti kata kata itu bukanlah terkeluar dengan niat untuk menyinggung perasaan penduduk Bintulu. Apapun, permohonan maaf telah dibuat oleh Nurul Syuhada untuk meredakan situasi yang berlaku di halaman Twitternya.
Berikut adalah artikel yang dipetik dari Media Hiburan:
Personaliti TV3 yang dikenali menerusi rancangan Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan dari stesen TV itu.
Dipetik daripada portal berita Mynewshub, Nurul Syuhada sudah
menghantar notis perletakan jawatannya yang dipercayai akan berkuatkuasa
bermula hujung bulan ini.
Namun tidak dapat dipastikan, tindakan ini disebabkan oleh kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini atau sebaliknya.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah meminta Nurul membuat
permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya dalam satu program
secara langsung yang menyifatkan Bintulu, Sarawak sebagai sebuah daerah
daif.
Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dengan mengakui
kesilapannya dan memohon maaf atas apa yang berlaku melalui akaun
Twitter miliknya. Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang
sama.
ENTRI BEST & SEMPOI UNTUK DITERJAH!!
GAMBAR Banjir Kilat Di SERDANG 4 September
CUEPACS Cadang Imbuhan Perumahan Diselaras RM450
CARA SHAH RUKH KHAN SAMBUT AIDILFITRI
Betul ke letak jawatan?... oh, katakan tidak...
ReplyDeletesebab kecik je tu...?msti ada masalah lain
ReplyDeletecantik nurul syuhada pakai tudung...
ReplyDeletexkan sampai mcm tu?
ReplyDeletesilap ckp kne berani betulkan, insyaallah masyarakat akan terima >_<
ReplyDelete