e

Sunday, September 16, 2012

Pilihan Raya Umum Ke 13 Akan Diadakan Pada Disember Ini??

Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012?




Semasa merayau rayau mencari berita secara online tadi, tak sengaja terjumpa artikel menarik dari Berita Semasa.com ini. Tarikh Pilihan Raya ke 13 adalah pada Disember 2012? Mungkin ada analisa menarik di sebalik ramalan ini.. Apapun, apa yang menarik perhatian Zam ialah mengenai persoalan mengapa sehingga sekarang, tiada sebarang pengumuman dibuat biarpun tanda2 nya sudah lama ada.

"Walaubagaimanapun, disebabkan kerajaan yang ada sekarang ini di bawah Barisan Nasional jadi oleh itu, mereka mestilah mencari tarikh terbaik untuk mereka menghadapi Pilihan raya Malaysia ke 13. Jikalau ikutkan perkiraannya, tarikh terbaik untuk Barisan Nasional  sebelum Jun 2012. Mengapa tak jadi? (KLIK LINK). Kini, sudah terlepas. Waktu keemasan itu sudah berlalu. Sudah tidak dapat ‘catch the moment’."

Apapun yang lebih menarik ialah tentang ramalan bila PRU ke 13 akan diadakan berdasarkan beberapa pemerhatian yang telah dibuat. Berikut adalah sebahagian artikel dari sumber yang sama.

Pilihan raya Malaysia 13 (Umum) Pada Disember 2012?

Ada cakap-cakap orang politik “kuat” dan “begitu yakin” mengatakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) bakal diadakan pada Disember 2012 ini. Benarkah? Mengapa?



  1. Antara faktornya ialah, pembentangan Bajet 2013 yang mengandungi pelbagai imbuhan dan insentif yang akan diumumkan oleh Datuk Najib untuk diagihkan dan mula dinikmati oleh rakyat hujung tahun ini (Disember 2013) . Ini bakal memberikan nilai tambah dan keyakinan  kepada jentera kerajaan sebelum menghadapi Pilihanraya Malaysia ke 13 (Umum).
  2. Keduanya, pada waktu itu adalah musim cuti sekolah. SPM pun dianjakkan lebih awal, cuti sekolah pun sudah bermula pertengahan November 2012. Sangat sesuai tempoh masanya.
  3. Ketiganya, dalam masa sama musim haji Oktober–November ini, oleh itu sebaiknya dilakukan selepas daripada tempoh tersebut. Dan Disember 2012 adalah tempoh yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) kerana pada masa itu kumpulan yang mengerjakan haji telah pun pulang ke tanahair.
  4. Keeempatnya, kalau buat Pilihanraya Malaysia 13 pada tahun hadapan 2013, rakyat lupa, orang Malaysia cepat lupa. Jadi, wajar diumumkan dalam masa terdekat dengan tempoh rakyat menikmati insentif. Itu pandangan kebanyakan orang kita dan pertimbangan orang politik.
  5. Faktor kelimanya berkenaan. Ekonomi dunia tidak menentu. Tahun depan tidak terjamin lagi ekonomi negara kita stabil. Ia pasti akan menjejaskan dari segi sokongan Barisan Nasional (BN).
  6. Lanjutan tarikh yang terlalu lama mungkin akan menimbulkan isu-isu dan kontroversi baru, yang bakal menjejaskan imej kerajaan.
Berdasarkan huraian yang diberikan, ada benarnya juga ramalan ini. Apapun, kita tunggu dan lihat saja, ok ;)

2 comments:

  1. Ada logiknya. Tapi kita tunggu pengumuman dulu dari pihak kerajaan nanti.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    ReplyDelete