FILEM KONTROVERSI HINA ISLAM, USIK SENSITIVITI & CETUS KEMARAHAN UMAT ISLAM
Pasti ramai yang dah tahu tentang kewujudan filem yang mencetuskan kemarahan & bantahan selain demonstrasi dari umat Islam di kebanyakan negara kerana telah menghina Nabi Muhammad SAW. Rupa rupanya, dalang disebalik filem ini ialah seorang Yahudi Israel yang menjadi pengarahnya, selain pembikinannya dibiayai oleh 100 Yahudi. Jelas sekali, tersimpan agenda & niat jahat mereka disebalik penerbitan filem ini. Astargfirullahalazim.. Tak mustahil juga kalau mereka sengaja ingin melihat umat Islam mengadakan protes yang adakalanya berakhir dengan keganasan di sesetengah tempat, seperti yang pernah berlaku di Afghanistan dulu. Licik betul rancangan & agenda tersembunyi mereka. Nauzubillah, semoga kita dihindarkan dari tipu daya golongan Yahudi ini.
Berikut adalah artikel berita dari perkonsian Harian Metr mengenai filem ini:
"KUALA LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras
sebarang usaha untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul
Innocence of Muslims.
Presidennya, Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber,
filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan
belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 Yahudi. Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja
menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan
sebagainya.
”Perkara ini jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat
tidak betul serta menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam,”
ujarnya dalam satu kenyataan.Justeru, ujarnya Ilmam menyeru semua umat Islam agar mempunyai
sensitiviti yang tinggi dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh
menyelewengkan ajaran Islam yang suci dan murni."
astagfirullah..
ReplyDelete