e

Thursday, October 18, 2012

Bayi Perempuan 8 Bulan Jadi Korban Dera- Dimanakah Perikemanusian?

Tergamakkah kita..

 Apa yang berlaku, seperti pernah diceritakan sebelum ini. Sampai admin menyangkakan ia berita lama, tetapi tidak. Inilah yang berlaku pada minggu lalu, dimana seorang lelaki telah melakukan penderaan ke atas anak teman wanitanya. Kenapa ya.. Perkara seperti ini berulang, & terus berulang.. Sesuatu yang harus kita fikirkan bersama..


BATU PAHAT 17 Okt. - Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan yang mengalami keretakan di tempurung kepalanya selain patah tangan kanan dan kaki kiri, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya, akhirnya meninggal dunia semalam.

Bayi malang itu, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim, meninggal dunia dalam pangkuan ibunya di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) pukul 2.30 petang setelah dimasukkan ke hospital tersebut sejak 11 Oktober lalu.

Ibu mangsa, Rafidah Mohd. Ashak, 29, berkata, ketika dimasukkan ke hospital Khamis lalu, doktor memaklumkan peluang untuk anaknya hidup tipis.

"Doktor memberitahu otaknya (Nur Irisyafida Balkis) tidak merekodkan sebarang aktiviti dan ada tiga kesan retak di tempurung kepalanya," katanya ketika ditemukan di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Kelambu, di sini hari ini.

2 comments: