CUEPACS MOHON BONUS DIKECUALIKAN CUKAI
Baru2 ini dalam pembentangan belanjawan 2013, ramai penjawat awam yang gembira dengan pengumuman pemberian imbuhan sebanyak satu bulan setengah gaji. Apapun, yang paling diharapkan ialah, semoga tiada sebarang pemotongan cukai dibuat, seperti yang pernah berlaku baru2 ini semasa penjawat awam mendapat tunggakan gaji pada bulan Julai 2012.
Perkara ini dinyatakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
yang memohon agar bonus kepada penjawat awam pada Disember dan Januari ini,
dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Memetik kata kata presidennya Datuk Omar Osman "Kalau boleh dipertimbangkan, berilah bonus yang 'solid'," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Pasti ramai yang sependapat dalam hal ini, setelah sebilangan penjawat awam melahirkan sedikit rasa tidak puas hati waktu itu.
Ps: Apapun, apa korang plan dengan imbuhan yang bakal diterima nanti?
kalau dikecualikan, syukur alhamdulillah..CEUPACS mmg menjaga kebajikan kakitangan awam kan..hehe :)
ReplyDeletesetuju!
ReplyDeleteno komen about belanjawan..
ReplyDeletesemoga semuanya on track....
ReplyDeletehahrap2 begitu
ReplyDelete