e

Friday, October 19, 2012

Kiriman Dari Terengganu, Hadiah Dari Moscow..

KIRIMAN HADIAH DARI MOSCOW.. FUH~~




Assalamualaikum & Salam Jumaat buat semua ('',) Di kesempatan yang singkat sebelum waktu Zohor masuk di Kuching dalam pukul 12.30 nanti, Zam nak menulis entri kali ni sebagai tanda penghargaan kepada seorang blogger yang pernah menganjurkan satu segmen sebelum ini. Anda kenal jejaka ala  Hero Winter Sonata di atas? Beliau merupakan seorang penuntut pengajian perubatan di Moscow yang berasal dari Terengganu, atau lebih dikenali dengan nama MUHAMMAD KHADHARI. Pernah ke blog beliau sebelum ini? 

Buat pengetahuan semua, di awal tahun dulu saudara Khadhari ni pernah menganjurkan satu segmen: PICTURE OF THE YEAR 2011 CONTEST. Seramai 153 pencalonan telah disenaraikan, & ALHAMDULILLAH, berkat sokongan kawan2 & FBian yang mengundi melalui halaman sosial tersebut, gambar yang Zam pertaruhkan mendapat kedudukan KEDUA terbaik! Terima kasih yang tidak tehingga untuk sokongan yang diberikan, & ini merupakan kali kedua Zam memenangi segmen fotografi setakat berblog ni..




Sebagai hadiahnya, Khadhari telah menjanjikan sehelai baju T HARDROCK CAFE MOSCOW, & disebabkan kesibukannya menjalani kuliah di Moscow & kemudiannya praktikal di Terengganu sebelum Aidilfitri baru2 ini, kiriman itu tiba agak lewat, tapi tak mengapa Zam faham dengan tanggungjawab beliau. Apapun, baru2 ini Zam telah mendapat kiriman darinya~ & maaflah sehingga sekarang baru Zam dapat menulis entri ini untuk mengucapkan terima kasih.. Hehe terima kasih Khadhari~ kiriman dari Terengganu | hadiah dari Moscow ini memang Zam hargai sangat! Ada masa, diharapkan Khadhari boleh anjurkan lagi segmen seperti ini, ya ;)

7 comments: