(artikel ini disediakan pada petang 25 Oktober)
Salam & Selamat petang semua ('',) Disebabkan kesibukan dengan pogram di sekolah semalam, kemudian disambung pula dengan persiapan pulang ke Semenanjung di sebelah petangnya, Zam tak sempat langsung nak update blog. Sampai je ke rumah di Serdang dari LCCT lewat malamnya, internet pula bermasalah, sehinggalah pagi ni baru ok semula. Pagi tadi, sibuk dengan aktiviti di rumah, kemudian keluar makan tengah hari dengan rakan baik di Puchong, akhirnya petang baru balik.. Apapun rasa mengantuk sangat sekarang ni! Kalau dapat tidur,, memang best, tapi dah lewat petang sangat.
Semalam, Zam cuma sempat buat entri WORDLES WEDNESDAY~ KOLABORASI DANBO & AIR ASIA.. Kesemuanya adalah gambar2 yang Zam ambil waktu dalam flight Air Asia, dari Kuala Lumpur ke Kuching 23 September yang lalu. Kebetulan, 5 seat disebelah Zam waktu tu kosong, jadi Zam ambil kesempatan tu untuk buat photoshoot Danbo.. Segan jugak wei kalau ada penumpang lain yang tengok.. Haha.. Itupun Zam cepat2 stop & sorok Danbo tu kalau pramugari lalu.. Hehe.. Bila Zam kongsikan di FB semalam, ada yang menyangkakan gambar tu Zam ambil dari Google, kerana biasanya gambar2 Danbo yang ada di internet dimuat naik oleh jurukamera dari luar negara. Di Malaysia, kegilaan terhadap Danbo ni masih boleh dikira baru lagi, & tak banyak gambar yang dihasilkan dengan identiti yang boleh buatkan orang ramai tahu bahawa Danbo itu diambil oleh orang kita sendiri.
Cita2 Zam, Zam nak jadi antara pelopor fotografi Danbo ini di Malaysia.. Sejak sahabat Zam hadiahkan Danbo yang dibelinya dari Jepun tu, Zam cuba & belajar untuk hasilkan gambar dengan mood tersendiri.. Tak tahulah percubaan Zam tu berjaya tak di mata orang lain.. Hehe.. Paling Zam suka, hasilkan kesan 'bokeh' bersama hasil karya Danbo Zam, sbb Zam percaya itu antara faktor yang dapat naikkan sesuatu mood dalam gambar Zam :)
segan kalau pramugari nmpk danbo..ke takut org curi...hihhiii
ReplyDelete