e

Monday, October 1, 2012

PETANQUE~ Permainan Yang Memerlukan Daya FOKUS & SASARAN Yang Tinggi!



Sabtu baru2 ni bertempat di sekolah,  Zam & rakan2 ikuti satu pertandingan petanque sesama guru. Korang tahu permainan ni? Secara ringkasnya, Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan permain mendapatkan mata permainan.Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain. (SUMBER)

Kami dah diagihkan kepada 6 kumpulan sebelum ni, & pertandingan hari tu dijalankan antara 2 kumpulan dulu (kumpulan Zam salah satunya). Tapi sebab tak ada rezeki, kumpulan Zam tewas dengan pasukan lawan. Kecewa gak mulanya, tapi bila tiba giliran pasukan ke 3 & ke 4 pula yang bertanding & salah seorang dari gurunya menarik diri, Zam tawarkan diri untuk mengantikkannya. Rasa tak puas main sebelun tu, plus nak tebus kekecewaan tadi. Alhamdulillah, lepas pertarungan sengit, kejar mengejar mata berlaku, kumpulan yang baru diwakili Zam berjaya ke peringkat seterusnya.. Seronok giler rasa... 

Yang penting, daya fokus kenalah tinggi, selain teknik & nasib yang  sedikit sebanyak mempengaruhi.

Pertandingan  ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Harap2 rezeki Zam akan lebih baik lepas ni, biarpun hadiahnya mungkin cuma sebuku sabun & sehelai kain tuala seperti yang kami terima tahun lepas. Haha.. Tak kisahlah.. Bagi Zam, kepuasan bermain & menjuarai itu yang lebih penting.. Setuju tak? ;)

9 comments:

  1. betul2...kalau main tembak pun...sasar je nanti

    ReplyDelete
  2. Anisa~ kena fokus.. cam main gui ms kecik2 dulu

    Mrs. Aedy, silap2, bila pertama kali cuba nnti terus teror.. Raai yg mcm tu ;)

    ReplyDelete
  3. ade pertandingan skolah anjur ke? ativiti sempena ape ni ade main petanque

    ReplyDelete
  4. Eja, saja2 penuhkn pogram thunan :-)

    Bella, klu bpluang, boleh cuba :-)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. 1st time dengar tentang permainan nie...
    Very interesting :-)

    ReplyDelete
  7. boleh tak nk tau dia punya peraturan utk main ?

    ReplyDelete