e

Monday, October 22, 2012

Tiba Masa Untuk KOMPOSER Cipta Lagu Raya AIDILADHA?




"Tak ada orang nak pasang lagu Raya ke weii.. Huhu"


Itu status Zam pagi tadi di FB. Hmm.. Rabu ni Zam dah nak balik ke Semenanjung, tapi tak terasa suasana kemeriahannya.. Mungkin Zam perlukan lagu raya untuk naikkan semangat nak balik kampung, tapi memandangkan tiada siapa yang nak mainkan lagu raya, terpaksa lah Zam mainkan sendiri, kan? 

Pemilihan lagu untuk Aidiladha tak banyak, & begitulah juga jika ia dimainkan di stesen radio. Pertama, kerana penggunaan perkataan AIDILFITRI di dalam kebanyakkan lirik lagu yang menyebabkan ia tak sesuai dimainkan ketika AIDILADHA, & kedua~ kerana budaya kita sendiri yang tidak begitu meriah meraikan Raya Korban.. Apa nak komen ni kawan2?

Banyak pendapat yang mengatakan, jika Raya Haji di Kelantan, suasananya pasti meriah. Kenapa ya? Kalau ditanya tentang kemeriahan Aidiladha, pada Zam, pasti kerana ramai yang menjalankan ibadah korban serta suasana gotong royong yang membingitkan & ceria di kampung2. Setuju?

Apapun, mungkin kini tiba masa untuk kita memeriahkan suasana Aidiladha ni. Apa pendapat anda? Atau, mungkin juga tiba masanya untuk komposer lagu di Malaysia mencipta lagu untuk Aidiladha. Apa macam M. Nasir? Bolehkah? Hehe.. Kalau dulu Raihan & rakan2 artisnya (Rem, Man Bai, Ajai) boleh menghasilkan & membawa lagu sempena Ramadhan (best2 pula tu), kenapa pula tidak untuk Aidiladha kan? ;)

6 comments:

  1. abg zam tugas kat mn ye? sabah ke sarawak ni?

    ReplyDelete
  2. boleh je guna lagu raya yg syawal tu...balik kampung boleh...dendang perantau ke...kan2

    ReplyDelete
  3. a ah la..kita kekurangan lagu raya aidiladha.=)

    ReplyDelete
  4. aidiladha yg disambut tak meriah disini kannn..

    ReplyDelete
  5. too la kan , kalau raya puasa sebulan awal da dengar lagu raya

    ReplyDelete
  6. Jue, Zam kerja kat Kuching ('',)

    Anisa~ Betul!!

    Wana, Mrs Aedy, itulah kan..

    Farahiza, betul btul betul

    ReplyDelete