Assalamualaikum & selamat pagi~ Dalam tempoh beberapa hari ini, Zam nak minta maaf kepada rakan yang sering berkunjung ke blog Zam sebab kerap tak update dengan entri terbaru. Bermula dengan hari Ahad kemudian bersambung ke Isnin, Zam dilanda kesibukan sehingga tak sempat menulis entri. Memang terasa letihnya, memandangkan Zam baru saja sampai ke KL dari Kuching pada waktu itu. Di KL, macam biasa Zam akan mengasuh anak anak buah yang bercuti- sediakan sarapan, memandikan & bermain dengan mereka.. Itu rutin harian setiap kali pulang bercuti ke rumah ibubapa. Hakikatnya, memang suntuk mencari masa untuk berblog dalam keadaan macam ni.. Jadi Zam utamakan dulu mana yang lebih penting, terutamanya rehat yang secukupnya selepas letih melayan kerenah anak buah :)
Insya Allah, Zam akan kembali aktif menuis entri selepas ini. Sekarang ni pun, dalam mood bercuti di sebuah pusat percutian di tepi pantai.. Layan blues je kat sini.. Memang menenangkan.. Pada mereka yang sedang bercuti juga sekarang ni, selamat berlibur Zam ucapkan~ ;)
x apa... tu yg sepatutnya...
ReplyDeletefokus pada perkara yg penting...mesti seronok...
ReplyDeletetakpe..bukan selalu pun kn x update entry...^___^
ReplyDeleteselamat bercuti bro. frst time aku singgah sini zam. terbaik
ReplyDeletebest nya cuti ... ^^
ReplyDelete