Tidak Berperikemanusiaan - Usaha BOMBA menyelamatkan Bayi yang Tidak Berdosa.
Info dari En Faisal Omar PGO KL dan PB Shuhada Pembangunan
Pada jam 1206:00 (07.11.2012), Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan daripada polis yang memohon bantuan pihak Bomba untuk mengeluarkan mayat bayi dari dalam sungai di alamat Belakang Masjid Al Khu
tubi, Jinjang Kuala Lumpur.
Sebuah jentera FRT dan RRV dari BBP Jinjang yang diketuai PPgB Mohd Yazi Bin Taib bersama 9 anggota telah digerakkan ke tempat kejadian.
Sebaik sahaja jentera dan anggota sampai di tempat kejadian, beliau mengesahkan terdapat mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat berada di dalam sungai. Kerja-kerja mengeluarkan mayat tersebut selesai dalam tempoh 30 minit, dan mayat diserahkan kepada pihak polis.
KREDIT INFO & GAMBAR: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
aihh..ingat takda lagi kes buang bayi apa segala ni. hrmm, kecian baby.
ReplyDeletexsanggup nk tgk...sedih kalau manusia mcm ni
ReplyDeleteumm. :( tak ade hati perut ke ibu dan ayahnya. di akhirat esok anak tak mengaku ibu ayah tau. kesian.
ReplyDeletebenih dah disemai..hasil dh dapat dibuang begitu sahaja!!
ReplyDeleteada org susah sgt nak dapat anak..ada plak orang bila dapat anak,buang mcm sampah..kejam
ReplyDeleteSteff, tak pernah berhenti lah perkaa ni..
ReplyDeleteFendy.. menyedihkan
Maria, berat siksaan menanti.. huhu
Encik cool, apa lah nak jadi!
Sue, betul.. org lain suusah nk dpt anak, yg senang dpt, sng2 lak buang