e

Monday, November 12, 2012

Bila Mood Hilang..

Terjaga dari tidur tadi, dengan cepat capai handset yang terletak di sisi. Rupanya baru pukul 9.45.. Ingatkan dah pukul 3 pagi tadi, sebab kebiasaannya Zam akan tertidur awal & terjaga di awal pagi.. Hmm.. Tiba tiba hati ni rasa tak best pula.. Mungkin sebab teringat pada tugasan yang belum disiapkan, plus belakang badan yang rasa 'berbisa'.. Nak kata sengal2, tak juga..

Zam ke dapur, buat Milo kaw segelas besar. Sebenarnya sebelum tertidur tadi lagi tekak ni mengidamkan Milo. Habis segelas, Zam solat isya, & bersihkan diri. Baru rasa sejuk sikit. Losyen pati halia Yusmira yang dibeli 4 hari lepas, Zam lumurkan ke belakang badan. Perghh.. Makin sejuk jadinya.. Hilang juga rasa bisa di belakang badan tadi

Zam tukar pakaian yang lebih longgar, untuk selesakan diri. Pakaian yang belum dibasuh, Zam angkut kesemuanya masuk ke dalam mesin. Apa lagi nak dibuat? Oh, Zam belum cuci muka lagi.. Terus Zam cari cleansing oil & facial foam SK II, & sental muka sekuat boleh. Kasi itu kotoran hilang.. Kemudian, tepekkan tonner & treatmant essence sebagai pelengkap.. Haa.. Segar je rasa.. Lama dah tak manjakan muka macam ni.. Hehe biasalah lelaki kan..


Akhir sekali, Zam telan sebiji kapsul Catalyst virgin coconut oil.. Itu supliment yang Zam amalkan sekarang ni.. Kebetulan batuk sikit tadi, risau berulang kembali, jadi Zam ambil langkah pencegahan awal.

Sekarang, tunggu masa untuk sambung tidur balik.. Bila selesakan diri macam ni, harap dapat tidur dengan lena.. Tak mahu ada lagi & layan mood yang tak best tu.. Esok, bermula sekali lagi hari baru & semangat baru- harap2 mood akan kembali jadi best!


5 comments:

  1. awal juga tidonya.. bangun kul berapa

    ReplyDelete
  2. Fendy, aminn :)

    Hnahdy, tertidur lps maghrib td.. terjaga nak dkt pkul 10.. :)

    ReplyDelete
  3. wah! ade penjagaan diri yang lengkap..sk-II lagi..huhu :)

    ReplyDelete
  4. Dah bertahun beli, tp jarang guna.. Biasalah lelaki.. hehe

    ReplyDelete