Perkongsian dari kunjungan Zam ke MAHA EXPO 2012 baru-baru ini. Teringat masa kecil dulu, setiap kali mengalami luka2 pada badan, luka tu akan disapu dengan minyak Dhab. Jadi waku itu, Zam lebih kenal & terbiasa dengan minyak ini berbanding minyak gamat. Haiwan ni boleh didapati di padang pasir, & sesiapa yang pulang dari mengerjakan Haji pada waktu itu, pasti kenal dengan minyak yang dianggap mujarab ini yang dihasilkan dari haiwan bernama Dhab.
Tahukah anda, haiwan padang pasir ini halal di makan? Ini adalah berikutan satu hadith yang telah diriwayatkan oleh Sahabat Baginda Rasulullah SAW sendiri:
Ibnu Umar r.a meriwayatkan katanya :
“Rasulullah SAW ditanya mengenai Dhab, maka baginda bersabda : “Aku
tidak memakannya dan aku tidak mengharamkannya. Dalam satu riwayat:
“Rasulullah SAW didatangkan dengan Dhab, maka baginda tidak memakan
nya dan tidak pula mengharamkannya.”
(HR Muslim)
Huraian
Memang terdapat hadits yang banyak dalam Bukhari Muslim yang menjelaskan tentang binatang ini iaitu dhab yang halal dimakan. Para sahabat pun memakan dhab sedangkan Rasullah SAW melihatnya, bahkan Baginda tidak menghalang dan menegah para sahabat untuk memakannya. Dhab adalah sejenis biawak yang hidup di padang pasir. Ia tergolong dalam keluarga cicak. Nama saintifiknya ialah Uromastyx aegyptius microlepis. Dhab merupakan binatang berdarah sejuk yang tergolong dari jenis reptilia bertelur. Dhab juga adalah binatang herbivor yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan. Cara kehidupan dhab ialah ia banyak menghabiskan masanya dalam lubang-lubang yang digali untuk menyembunyikan diri atau di celah-celah batuan yang selamat untuk berlindung daripada ancaman musuhnya termasuk manusia. Dhab mempunyai kulit yang bersisik tebal di atas badan dan ekornya, panjang bagi seekor dhab lebih kurang dari 14 hingga 36 inci atau lebih.
SUMBER: www.islam.gov.my

Baru tergerak hati nak membelanya, tapi bila dapat tahu harganya mencecah lebih dari RM45k seekor, memang tak mampu la.. Haha..
berani nyer pegang...mahal betul...dh mcm buat majlis kawen harganya
ReplyDeleteoh..boleh makan..tp x sanggup...=p
ReplyDeletenmpk mcm baby biawak..oh! xsgup pegang atau mkn
ReplyDeletemenarikkkk....
ReplyDeletennt kalo sempat zaf nak p MAHA lagi n beli minyak + pil Dhab utk Mak...hoho...sape mau ikut!!??Jommm
Singgah bace entry .. besarnye cicak tu ..
ReplyDeleteNie cicak yang orang panggil pokek ke kokek ke apa eh. Huhu. Yang ubat untuk aids kan
ReplyDelete