Assalamualaikum & Selamat tengahari semua ('',). Setelah sekian lama, akhirnya Zam berkesempatan juga menulis entri ini. Disebabkan sibuk dengan beberapa tugasan hampir setiap hari sebelum ini , Zam hampir terlupa mengenai niat Zam ini dulu.
Hadiah Dari Blogger HASRUL HASSAN Untuk MA
Ucapan berbanyak terima kasih ditujukan kepada blogger HASRUL HASSAN yang menganjurkan SEGMEN GIVEAWAY BUAT FOLLOWER pada pertengahan bulan lepas, dimana Zam diumumkan sebagai pemenangnya berdasarkan RANDOM.ORG. Peluang yang dibuka kepada rakan blogger memang menguntungkan, & hadiah yang ditawarkan iaitu Satu (1) lesen kod aktivasi Kaspersky Internet Security 2013 (tempoh sah setahun) telah pun Zam terima. Apa yang lebih bermakna ialah, sebelum diumumkan keputusan Random.org di blog beliau, Zam dah pasang niat awal-awal untuk berikan lesen kod tersebut kepada Ma (Ibu) Zam jika terpilih, memandangkan Ma baru saja memiliki sebuah laptop baru pada waktu segmen itu dianjurkan. Semestinya, Zam bertambah gembira apabila hajat Zam tu kesampaian setelah dipilih oleh Random.org. Oleh sebab itu, di dalam entri kali ini Zam tujukan khas ucapan terima kasih ini kepada saudara Hasrul Hassan.
Bila Blogger Terkenal Hargai Pembaca & Rakan Blogger
Dalam kesempatan ini juga, Zam nak ucapkan terima kasih kerana saudara Hasrul Hassan kerap memberikan penghargaan buat pembaca & rakan bloggernya, selain promosi percuma di blog HASRULHASSAN.COM. Sebagai contoh, baru-baru ini beliau telah memperkenalkan 12 blog baru- dengan blog Zamani84 diantara salah satunya kepada pembaca menerusi entrinya yang Zam printscreen di bawah:
Begitu juga dengan top commentators & top refferer di HASRULHASSAN.COM bagi bulan-bulan sebelum ini, dimana Zam disenaraikan oleh beliau menerusi kedua-dua entri di bawah:
Buat blogger semua, apa yang ditunjukkan oleh saudara Hasrul Hassan ini sebenarnya adalah satu tips yang boleh dijadikan contoh & insya Allah dengannya, blog anda akan dikenali sebagai sebuah blog yang mesra pembaca & mesra rakan blogger. Selalulah menghargai pembaca anda & membina jaringan sosial menerusi blog~ kerana dengan itu akan membuatkan blog anda 'terasa dekat di hati' pembaca :))
tahniah2... =)
ReplyDeleteAs-Salam. Terima kasih atas entri ini. HH sgt berbesar hati. Tak tahu nak cakap apa, namun apa yang penting .... biar semua blogger Malaysia boleh dapat manfaat darinya.
ReplyDeleteTerima kasih.
tahniah bro...
ReplyDeleteSinggah sini juga... :)
ReplyDeletehttp://adiezaff.blogspot.com/2012/11/segmen-kenal-kenal-bersama-aisyah.html