e

Saturday, November 3, 2012

Hari Yang Penuh DEBARAN!

BERDEBAR! Itu pasti situasi yang dialami oleh beberapa orang rakan Zam pagi ini, kerana tak lama lagi (mungkin pada lewat pagi nanti) akan keluarlah keputusan Pertukaran Guru Secara Online Antara Negeri. Ramai rakan Zam yang bertugas di Sarawak, yang ingin pulang & bertugas di kampung halaman & negeri kelahiran mereka pada tahun depan. Setelah sekian kali mencuba, pastinya harapan mereka pun besar agar kali ini permohonan mereka diterima.

Satu lagi peristiwa yang pasti mendebarkan- yang turut berlaku pada hari ini ialah Majlis Akad Nikah seoang rakan karib Zam di Serdang, Selangor. Teringin nak pulang sejak dulu, tapi disebabkan beberapa kekangan, Zam terpaksa lah menahan perasaan nak berkumpul beramai ramai dengan geng Serdangrian hari ni. Kebetulan pula, Zam baru saja pulang beraya ke KL minggu lepas.

Zam doakan yang terbaik buat semua- pada rakan2 guru yang sedang menunggu keputusan E G Tukar & pada rakan baik Zam yang bakal melangsungkan perkahwinan hari ini~ ALL THE BEST!

2 comments: