e

Wednesday, November 14, 2012

HUKUM Bertelanjang Di Depan Ayat Al Quran

Himpunan Soal Jawab: Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus 14 November


Cepat betul terasa masa berlalu tadi, sedar-sedar dah pukul 8.. Biar betulkan.. Tak puas tengok Kemah Keming tadi.. Hmm.. Apapun, dalam entri kali ini Insya Allah Zam akan kongsikan beberapa persoalan & jawapan dari Ustaz Azhar Idrus dalam rancangan tersebut sebentar tadi untuk anda.

Soalan: Calon suami seorang yang baik, tapi bacaan Al Fatihahnya tidak lancar. Sesuaikah dijadikan suami? 

Jawapan: Selagi ia kekurangan yang boleh diperbetulkan dalam tempoh yang singkat, tak mengapa & dibolehkan. Tak salah.. Lainlah seorang calon suami itu merupakan kaki pukul, suka bertindak kasar terhadap wanita- kekurangan seperti ini yang melibatkan tempoh yang lama untuk diperbetulkan, seeloknya dielakkan.

Soalan: Boleh tak ikut imam yang sedang dalam tahiyat akhir?

Jawapan: Boleh, selagi imam masih belum memberi salam. Katakanlah, kita baru hendak mengikut imam, dan mengangkat takbir, kemudian imam pula terus memberi salam, maka kita masih dikira sempat mengikutnya.

Soalan: Bolehkah kita memberi derma kepada yang bukan Islam?

Jawapan: Boleh, dan hukumnya harus, selagi ia tidak melibatkan perkara maksiat & syirik. Masih mendapat pahala. Apapun, derma kepada sesama Muslim adalah lebih afdhal.

Soalan: Amalan mencukur jambul ada tak di dalam Islam?

Jawapan:  Antara salah satu sunnah ke atas bayi yang baru dilahirkan adalah mencukur keseluruhan rambut, lelaki & perempuan, dan bukan sekadar jambul sahaja. Dengan yang demikian barulah beroleh pahala (mencukur kesuluruhan kepala)

Soalan: Saya baru beli motorsikal, tetapi dah 2 kali kemalangan dengannya, kawan-kawan bagitau saya kena mandikan motorsikal tu dengan air Yassin.

Jawapan: Tak ada amalan sebegini di dalam Islam, & seeloknya kita buat solat hajat untuk mendoakan keselamatan kita apabila menggunakannya. 

TAMBAHAN: SOAL JAWAB KEMAH KEMING 13 NOVEMBER

Soalan: Apakah hukum bertelanjang di depan ayat Al Quran?
Jawapan: Tak berdosa, kerana aurat hanya perlu dilindungi dari pandangan manusia. 

(Soalan ini mungkin datang dari situasi dimana seseorang itu menanggalkan pakaiannya di dalam bilik yang digantung dengan hiasan ayat Al Quran)

Artikel ini adalah ringkasan berdasarkan kesimpulan atas kefahaman Zam terhadap kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus tadi. Jika terdapat kesilapan & penambahan, mohon rakan2 untuk perbetulkan ya

5 comments:

  1. nice bro..
    memudahkn lg kefahaman..
    senang dibaca n mudah dfahami.

    ReplyDelete
  2. Budiiiiiiiiin! Jumpa juga akhirnya di dunia maya ni.

    ReplyDelete
  3. Huh? Who are you???

    Adoi.. Link takde maklumat lak.. suspen2

    ReplyDelete
  4. Thanks atas info nie...bagus l likes it...boleh diteruskan dari masa ke semasa...berinfomasi....istiqamah k my friend.

    daripada mselim3

    ReplyDelete