Terjumpa berita tentang Izzue Islam ni di Media Hiburan sebentar tadi, & Zam rasa nak kongsikan di sini. Kalau korang biasa dengar lagu Berdua Bersatu dari Forteen, & drama sempena Ramadhan baru baru ini- 'Jidin Puasa Lagi', mesti korang kenal jejaka ni. Dalam gambar di atas, Izzue Islam berdiri di sebelah kanan , berkaca mata & bersongkok. Kembali kepada tajuk di atas, benarkah Izzue Islam dah bertunang? Untuk kupasannya, jom baca artikel penuh dari Media Hiburan ni. Kredit gambar dari Saiful Sin Design.
"Sebelum ini, sebuah akhbar telah melaporkan berita mengenai pelakon 29
Februari yang juga ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam telah
menyembunyikan statusnya sebagai tunangan orang. Menurut sumber, wanita berkenaan lebih berusia daripada Izzue dan tidak terlibat dalam bidang seni.
MH Online menghubungi si empunya diri untuk mendapatkan kenyataannya.
"Saya tidak bertunang dengan sesiapa dan tiada sebarang majlis
pertunangan yang dilakukan. Namun saya tidak marah kepada si penyebar
cerita malah cukup berterima kasih kepadanya kerana mendoakan sesuatu
yang baik buat saya. Andai saya bertunang nanti, pasti saya akan
berkongsi bersama peminat semua," ujar Izzue penuh makna. "
hanya satu khabar angin...ehehe
ReplyDeleteyup.. hehe
ReplyDeleteBetul ke nie. Ala ala ala jealous nya. Kecewa. Hahaha
ReplyDeletebetul ke ni...fakta ke auta..konpius2
ReplyDeleteLantak ko la dh bertunang or blum yg penting wa suka lu punya acting dlm drama bro!!
ReplyDeleteh
ReplyDeletehehehe... :)) kalau xde misai lagi ensem..ahhahah~~ ngeee~~
ReplyDelete