e

Sunday, November 25, 2012

K-POP: DIAGUNGKAN PENGANJUR, DICEMUH MASYARAKAT?



Sewaktu melayari blog Beautiful Nara tadi, Zam dapat tahu 2 kumpulan artis K-Pop yang membuat persembahan semasa Shout Award Jumaat lepas telah mendapat layanan yang buruk dai segelintir penonton. Sebesar mana skala 'mendapat layanan buruk' itu tidaklah dapat dipastikan, kerana Zam hanya mendapat gambaran sekadar dari apa yang ditulis di blog tersebut, menerusi kiriman email berikut:

"..sampai satu tahap diorg baling sampah atas stage. ktorg kt sane pon bole nampak sampah melayang layang ke pentas ,org kat rumah apatah lagi kn? Even sy pon x knal half drpada local artis yg buat performance smlm,just sit back n relax je la.cuba imagine Kalau Yuna ke Shila Amzah buat performance kt luar and received the same treat, org malaysia lagi la cepat naik angin" Untuk artikel penuh, boleh klik SINI.

Sebelum ini pun, tentu ramai yang maklum dengan kehadiran artis K-Pop ke Malaysia untuk membuat persembahan konsert jelajah & tidak kurang juga yang dijemput khas untuk sesuatu event, seperti Shout Award baru-baru ini. Jika ia adalah sebuah konsert jelajah, sudah pasti perkara seperti ini tidak berlaku kerana haters tak akan datang ke sana semata mata untuk berbuat perkara sedimikian, betul tak? Mungkin kerana yang datang itu dari pelbagai peminat genre muzik yang berbeza, maka kumpulan K-Pop ini menimpa nasib seperti itu?

Seramai mana haters K-Pop di Maaysia ini, tidaklah dapat dipastikan. Tapi kenapa wujud golongan yang membenci mereka ini? Mungkin mereka ada alasan tersendiri. Apapun, apa yang dapat dilihat adalah trend & betapa berminatnya penganjur dalam melaburkan sejumlah besar perbelanjaan menjemput mereka datang ke Malaysia, & biasanya persoalan yang akan diterima ialah~ kenapa artis kita tidak mendapat layanan istimewa seperti itu?

Sekadar penulisan dari cetusan minda.. Jom kongsikan pendapat anda di sini

6 comments:

  1. betul3.. mmg tak tahu menghormati org. Di0rang dtg secara elok tau. Apa2pun, minat KPOP! ^^

    ReplyDelete
  2. Tak minat sekalipun tak payah la tunjuk dengan cara macam tu. Fie pun tak minat kpop. Hhaaha

    ReplyDelete
  3. masing2 balik kena muhasabah semula..
    sama ada haters dan peminat tegar juga pemerhati :) #Moga kita semua Allah redha ^^

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum zamani...mama dtg nak bagi tahu zamani kena tag yer...;)

    http://maszull.blogspot.com/2012/11/mega-giveaway-dari-wwwyanayassincom.html

    ReplyDelete