e

Friday, November 2, 2012

Kisah Wanita Selamatkan Diri Dari Jerung Dengan TAEKWANDO!

WANITA GUNAKAN TAEKWANDO BILA JERUNG MEMBAHAM TANGANNYA!!



Itulah gunanya ilmu seni mempertahankan diri! Bukan sahaja dapat digunakan ketika berdepan dengan manusia, malah haiwan ganas seperti jerung diatas!

Menurut akhbar Metro Online, seorang perenang wanita bersama suaminya ketika itu telah diserang oleh seekor jerung harimau (tiger shark) ketika berenang di pantai Hawaii. Dalam perasaan cemas dan takut, beliau telah menumbuk jerung tersebut dengan ilmu taekwando dipelajarinya. Itulah padahnya apabila menyerang seorang pemegang tali pinggang hitam dalam taekwando!

HAWAII: Seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.

Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.

Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.

“Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood. Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu.

“Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk,” kata Mariko.

4 comments: