e

Monday, November 5, 2012

Oh My ISNIN!

JARANG BERTEMU ISNIN SEPERTI INI.. 




ISNIN? Apa lagi yang boleh dikaitkan dengan hari ini bagi seseorang penjawat awam mahupun swasta, kalau bukan 'kesibukan' di tempat kerja. Maklumlah, hari pertama berkerja dalam seminggu, pasti ada saja kerja yang menanti & bertambah. Kalau anda tak mengalami situasi itu, kira anda perkerja yang bernasib baik lah kan

Berkerja sebagai guru, pasti akan menempuhi saat kemuncak kesibukan pada minggu ini,  memandangkan banyak aktiviti yang perlu dibuat sebelum sekolah ditutup. Memang sibuk sangat sekarang ni, dengan persiapan terakhir sebelum Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang esok. Macam terkejar kejar juga ni. Kadang kadang, sampai lupa ada tugasan kecil lain yang dituntut oleh rakan sejawat. Hmm.. Terpaksa minta maaf untuk kelupaan tu & tolong mereka. Sekarang ni tengah berehat2, dan disebabkan itu Zam tak sempat nak update sebarang entri sejak pagi tadi. Sekarang ni, tiba tiba hujan lebat.. Bestnya kalau dapat layan rasa mengantuk ni & tidur!

10 comments: