Oh My Tuesday!
Kenapa entah, hari ni macam serba tak kena.. Sejak semalam sebenarnya, ada je yang berlaku. Mungkin kena lebih berhati2 lepas ni. Tadi, waktu pogram Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang berlangsung di sekolah, selepas berada di dewan, Zam ke dewan makan/dapur membantu apa yang patut. Tugasan yang diberi, potong brocolli.. Zam tak pasti cara memotongnya pada mulanya, jadi setelah ditunjukkan oleh rakan baru Zam mulakan kerja. Selesai dengan brocolli, Zam beralih ke baby corn pula.. Di dewan sekolah, majlis masih rancak dengan persembahan nyanyian dari murid murid, & kami yang berada di dapur memang dapat mendengarnya dengan jelas. Sehinggalah ke persembahan nyanyian duet yang terakhir, Zam tiba2 tertarik dengan satu suara yang menyanyikan lagu tu.. Mulanya terfikirkan suara budak, tapi bila diberitahu itu adalah suara salah seorang rakan guru, entah macam mana Zam hilang fokus sekejap semasa mengamati suaranya dah terhiris jari dengan pisau yang dipegang! Adui! Tersentap kejap, & pisau pun terlepas dari tangan.. Apapun mujur tak berdarah banyak.. Haa.. Kalau tidak, ada rakan Zam yang makan sayur tu jadi Raja Bersiung nanti..
Jadi pada korang semua, berhati hati lah ya kalau berada di dapur.. Hilang fokus sedikit pun boleh mengakibatkan kemalangan.. Heh2 ;p
lunak merdu ke sampai terhiris tuu :)
ReplyDeletelain kali berhati2 ya :)
ReplyDeletepedih tu terhiris jari...ati2 next time...;p
ReplyDeleteerk, lain kali jgn hilang fokus zam. (: ... jgn suara yg bukan2 sudah la. hee.
ReplyDeletemacam as la raya ketiga hari tu....xfokus masa potong mangga...terpotong jari telunjuk....auchhh darah banyakkkkk...waaaaaaaaa
ReplyDeletehehe , baikla terima kasih atas peringatan , jangan termenung sgt
ReplyDeleteFokus fokus...hehehe
ReplyDeleteThanks semua untk komen.. Insya Allah, lain kali kena fokus buat kerja.. hehe
ReplyDelete