e

Monday, December 17, 2012

Dipantau CCTV Ketika Exam~ Fuh!!

Tajuk Asal: Bermulanya Minggu Exam~ Fuh!!



Dalam bercuti panjang akhir tahun ni, perkara yang Zam tak dapat nak elak ialah menduduki peperiksaan akhir semester di OUM. Maksudnya dalam cuti pun, Zam tak dapat nak berehat & makan angin 24 jam sebab kena study gak. Hehe.. Itu dah jadi rutin setiap semester sejak bergelar pelajar semula sekarang ni (Ini tahun pertama & semester ke 3 Zam menyambung pelajaran secara PJJ di OUM Kuching). Bila balik bercuti ke Semenanjung macam ni, terpaksalah Zam tukar tempat peperiksaan mengikut lokasi Zam berada sepanjang waktu cuti tu.

Apapun, mujur mudah berurusan dengan OUM ni, sebab Pusat Pembelajarannya banyak & terletak di hampir kesemua negeri. Minggu lepas (13 hb), Zam baru je duduki peperiksaan untuk kertas yang pertama di OUM Kota Bharu. Begitu juga pada 22hb Disember ini nanti, Zam akan sekali lagi ke sana untuk menduduki peperiksaan bagi kertas kedua. Kertas ketiga & yang terakhir, Zam akan ambil di Bangi kerana waktu itu Zam dah berada di KL untuk bersiap sebelum pulang semula ke Kuching.

Gambar di bawah ini diambil waktu Zam menjawab kertas pertama di OUM Kota Bharu. Memang tak ramai pelajar yang mengambil peperiksaan masa tu. Lengang je bilik.. Dan gambar ini telah diambil oleh 'CCTV' paling hensem kat OUM Kota Bharu.. Haha.. Siapakah dia 'CCTV' yang Zam maksudkan? Haa.. Mungkin korang boleh klik di ENTRI INI untuk mengetahuinya ;)


Yang sedang menjawab dgn tekun tu, Zam la.. Memang tak kan perasan gambar diambil secara curi-curi waktu tu.. CCTCV tu memang sengaja nak buat surprise dekat Zam.. Haha ;D

2 comments: