e

Monday, December 24, 2012

Exam Di Universiti & Pertemuan Dengan BLOGGER Di HARI JADI

Salam & Selamat Tengahari semua :) Sepanjang bercuti panjang ni, Zam tak sempat nak aktif berblog macam biasa. Banyak masa yang Zam luangkan dengan aktiviti berjalan2 dengan rakan & keluarga. Itu tak termasuk lagi dengan minggu exam yang biasanya akan buatkan Zam bertambah sibuk & kalut.. Hehe.. Asal esok nak exam je, mesti Zam akan mula sakit kepala.. Tak boleh nak elak dah.. 

22 Disember yang lepas, Zam ke salah satu IPTS di Kota Bharu untuk menduduki exam tersebut. Selain kepala yang sakit, hati Zam ni teruja juga sebenarnya.. Kenapa? Haa.. Sebab Zam dapat bertemu dengan seorang BLOGGER FEMES yang menyambut hari jadinya pada hari itu.. Siapakah beliau? Jom tengok gambar ni~


Dari nama yang tertera tu, mesti korang dah boleh mengagak siapakah BLOGGER yang Zam maksudkan. Untuk makluman, blogger kacak ini berkerja di IPTS tempat dimana Zam mengambil exam kali ini ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tidak lain & tidak bukan, beliau yang Zam maksudkan ialah Saudara E'RAZ FADLI! pemilik blog ERAZFADLI.COM yang kacak bergaya itu... Haha.. Terlebih puji sudah.. Apapun pertemuan tu memang dah dirancang awal2 lagi kerana Zam menduduki exam di hari yang sama beliau menyambut hari jadinya. Sempat lah juga buat sesi photoshoot sekejap, memandangkan beliau seorang yang kacak bergaya & Zam pula suka mengambil gambar.. Dalam kesempatan ini juga Zam nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana beliau sudi meluangkan masa sebentar dengan Zam untuk berbual, mengambil gambar & yang paling penting, belanja Zam & staf lain makan Pizza Hut hari tu.. Terbalik sudah ni.. Birthday Boy pula kena belanja.. Haha.. Apapun, mungkin di kesempatan yang lain, Zam akan belanja beliau pula.. Insya Allah ;)
 

5 comments: