e

Monday, December 3, 2012

Rekod Tercipta: 14 Hari Jalan-Jalan Tanpa Henti


Assalamualaikum & selamat petang semua ('',) Sejak pulang dari Sarawak 19 November lalu untuk bercuti panjang akhir tahun sehingga lah semalam 2 Disember, memang Zam tak lekat duduk di rumah. Setiap hari dalam tempoh tu, ada saja tempat yang Zam kunjungi dengan rakan, termasuklah ke kawasan pantai & bandar-bandar menarik di Malaysia ni. Kebetulan pula, sepanjang Zam berada di Semenanjung kali ini, banyak event besar seperti MAHA EXPO @ MAEPS yang berlangsung. Jadi Zam tak lepaskan peluang ke sana, & semalam Zam tutup 14 Hari Jalan-Jalan Tanpa Henti dengan berkunjung ke MAHA buat kali kedua. 


Banyak benda yang dicari semasa berada di sini, & sudah tentu kepuasaan yang Zam perolehi bila dapat memenuhi hasrat & keinginan sepanjang bercuti, terutama menu-menu masakan semenanjung yang Zam dah lama tak makan! Menariknya, pernah dalam minggu pertama bercuti, semua makanan yang Zam sebut2 pada hari sebelumnya tiba2 'muncul' di depan mata.. Haha macam mana tu? Apa yang pasti, bukan magik atau misteri nusantara yang Zam nyatakan di sini. Tuhan tahu agaknya Zam ni rindukan semua tu, jadi semua yang disebut: nasi lemak, kerang, udang galah, ketam, ikan keli tiba2 dihidangkan oleh pihak hotel pada hari2 berikutnya. Kebetulan yang menarik, & Zam rasakan diri ni dah mengalahkan perempuan yang mengidam! Hehe

Hari ni, Zam rehat2 saja dirumah. Jaga anak-anak buah, sambil merayau di blog yang dah jarang-jarang Zam kemaskini dengan entri terbaru sejak 2 minggu lalu~ dek kesibukan berjalan makan angin. Lepas ini, Zam akan kembali aktif seperti biasa. Terima kasih juga di ucapkan kepada pembaca yang tak putus2 ke sini & meninggalkan komen di setiap entri. Insya Allah, Zam akan melakukan kunjungan balas ke blog anda selepas ini~ Tunggu ya ;)


3 comments: