e

Wednesday, December 5, 2012

Segmen | Semarakkan Rakan Blogger Google+

Segmen | Semarakkan Rakan Blogger Google+ Dari HASRUL HASSAN 


Assalamualaikum &selamat malam semua. Sebelum melelapkan mata malam ni, Zam nak perkenalkan satu segmen dari blogger HASRUL HASSAN yang insya Allah, akan memberikan faedah kepada rakan blogger semua. Mungkin ada yang dah tahu tentang kelebihan Google+ ini, & pada mereka yang merasakan ini sesuatu yang baru buat anda (sama seperti Zam dahulu), info di bawah mungkin dapat membantu anda memahami apa itu Google+.

"Google+ lebih baik sebab dengan sekali klik, anda bukan sahaja berhubung sesama blogger, tetapi semua mereka yang punyai akaun dalam rangkaian Google. Malah, apabila anda berkongsi (+1) entri-entri di blog anda, semua rakan anda akan mengetahui akan perkongsian tersebut - sama seperti anda klik Facebook LIKE dalam entri blog. Jom semarakkan rakan blogger Google+."

Ringkas kata, ia sesuatu yang menyerupai aplikasi widget followers pada blogspot, namun lebih pratikal, lebih-lebih lagi pada masa ini ura-ura mengatakan widget followers akan dilupuskan di masa akan datang. Jadi, mari kita mengambil kesempatan ini untuk menambahkan kenalan di kalangan bloggers dengan aplikasi yang lebih sistematik & praktikal ini. Pada yang berminat & untuk info penuh penyertaan segmen ini, anda boleh hit pada banner di atas, atau hit saja link INI. Selamat bersegmen buat semua~ ('',)

9 comments: