e

Wednesday, February 22, 2012

Akukan Abang!



Wataknya digambarkan sebagai seorang yang kasar, perengus, panas baran, pembuli, perampas, & apa2 sajalah yg seangkatan dgn nya. Tapi, dengan adik, dia adalah seorang yang penyayang, lemah lembut, bersifat pelindung, & penyokong yg kuat di sebalik minat & cita2 adiknya. Huhu. Best kan. Itulah tanggungjawab seorang abang. Kadang2, sikap seorang abang ni sukar dimengertikan. Mungkin juga, adakala tindakannya seperti mengongkong kita, tapi dalam tak sedar, itulah cara dia menjaga kita. Betul tak?

TERIMA KASIH THANKS ARIGATO!!

Entri kali ini adalah sebuah sticky post. Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah (^^,)


Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua. Alhamdulillah, follower blog Zamani84 dah mencapai 1500 malam tadi. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat semua blogger yang menyokong Zam selama ini. Anda lah yang terbaik, kerana anda lah yang memberi semangat kepada Zam untuk terus ber'blog ;)

Zam mula menulis blog sejak Disember 2008, dengan 78 follower yang mengikuti blog Zam sehingga November 2011. Tetapi bermula Disember 2011, Zam kembali mengaktifkan diri untuk ber'blog (dengan semaksimas mungkin) sehinggalah ke tahap hari ini. Alhamdulillah~
Thanks to all of you again!!

Jadi, di dalam entri khas ini, Zam himpunkan 5 blog bertuah yang dipilih berdasarkan angka2 yang sgt2 memberi makna kepada Zam selama berblog ini (anda boleh klik banner2 di bawah untuk melawat ke blog2 ni)~


Follower ke 84- Angka bertuah yang pertama. Yalah, nama pun Zamani 84 kan ;)

-Farah Alias-



Follower ke 626~ Bersamaan tarikh lahir Zam, 26 Jun

-Diana-



Follower ke 1000 ;)

-Atie Iskandar-


Follower ke 1234

-Faiz Fakhirin-


Follower ke 1500

-Miss Ina-

Zam juga dah rasmikan sebuah Page blog di FB. Jadi, Zam harap anda sudi like page Zam ni. Klik banner di bawah untu kesana, atau klik like pada badge FB PAGE di sebelah kanan blog Zam ini. Thanks ;))

Misha Omar di Majlis Pertunangan



KOTA BHARU 21 Feb. - Penyanyi popular Misha Omar, 30, selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang juruterbang, Firos Ezzwan Rossly, 30, dalam satu majlis tertutup di rumah keluarganya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.

Majlis pertunangan tersebut sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai status diri penyanyi itu yang popular dengan lagu 'Bunga-bunga Cinta'.

Cincin pertunangan disarungkan sendiri oleh bakal ibu mertua Misha, Asmah Kenin. Pada majlis tersebut, Misha yang anggun mengenakan persalinan baju kurung klasik berwarna biru rekaan Syaiful Baharim, menerima lima dulang hantaran dan membalas jumlah sama kepada pihak lelaki.

Ketika ditemui Misha memberitahu, tarikh pernikahan mereka belum ditetapkan, namun menjelaskan bakal diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Firos menepati segala ciri yang saya impikan daripada seorang lelaki. Selain cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, selain rapat dengan anak (angkat) saya, Muhammad Adam Emir.

"Hubungan rapat mereka membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal suami. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami perjalanan hidup saya," katanya.

Misha turut berharap semua peminat mendoakan impiannya untuk bergelar isteri terkabul.

"Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil. Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup.

"Insya-Allah perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi," kata Misha lagi.


[sumber: UM]

Saya Suka Blogwalking Sebab..


.. Dengan berblogwalking, saya dapat mempromosi blog saya kepada blogger lain ;) Insya Allah, banyak benda menarik yang ingin Zam kongsikan dengan anda melalui blog Zam ini.

Tag:
Cik Nurul

WORDLESS WEDNESDAY 22nd FEBRUARY