e

Saturday, March 10, 2012

Ben Ashaari dan header blog saya


Satu lagi segmen Mr. Ben untuk disertai malam ini.. Memang kena sangat dgn aku yg baru saja pulang ke Semenanjung hari ni, kerana header tu memang kaitan dengan hidup aku selama berblog ni~

"Hidupku berkisar di Kuching-Kuala Lumpur-Kota Bharu"

Biarpun jauh merantau di negeri orang (Sarawak), hati aku masih melekat di tempat aku membesar (Serdang) & tempat kelahiran aku~ Kota Bharu. Disebabkan tu, aku kerap pulang ke semenanjung bila berpeluang. Blog aku ni banyak memaparkan kisah kehidupan aku di sekitar 3 bandar tersebut. & setiap kali pulang, seat kesukaan aku adalah di tepi tingkap, kerana aku suka memandang ke luar melihat awan. . Itulah maksud header aku.. ;)

Memang aku puas hati sgt dgn header ni :) Kena dengan perjalanan hidup aku yg aku kisahkan dalam blog ni.

Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?


BISMILLAH. Bertuahnya kita kerana masih mampu mengikuti didikan Imam Al-Ghazali walaupun Al-Imam sudah lama meninggalkan kita di alam fana ini. Ambillah peluang untuk mencedok ilmunya.
6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya..

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya..

1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
... 3. Apa yang paling BESAR di dunia?
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia?

JAWAPAN:

1) Soalan yang pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2) Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu
adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3) Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga..
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4) Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

5) Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

6) Dan pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

kredit:Dar Nur al-Zahra' Islamic Community Library

Satu lagi event yg aku terlepas hari ni.. hmm


bestnye klu dpt jumpe Oki di Kelantan hari ni..

Kenali Personaliti Dirimu Dari Kucing Kesukaanmu!

Selamat pagi semua~ Kali ni Zam nak kongsikan sesuatu yang menarik~ Kenali personaliti dirimu dari kucing kesukaan kamu! Apa yang anda perlu buat adalah memilih seekor kucing yang paling anda suka, dan lihat samada ciri2 yang dinyatakan berdasarkan pilihan itu sama atau tidak dengan personaliti anda. Apa yang ditulis hanyalah untuk suka2 sahaja, & jika terdapat persamaan, mungkin ia 1 kebetulan yang menarik, kan?

Jadi, jom pilih baka/spesis kucing kesukaan anda~


Jawapan:

  1. PERSIAN: Anda seorang yang tidak banyak bercakap, penyayang & sukakan perhatian. Adakalanya anda suka menunjuk-nunjuk tetapi tidak lah keterlaluan. Ala2 artis lah katakan!

  2. MUNCHKIN: Anda jenis yang bersemangat tinggi, cerdas & pintar. Anda mempunyai perwatakan yang ceria seperti kanak2 kecil yang comel.

  3. MAINECOON: Anda seorang yang rugged & bergaya tapi sebenarnya jauh di dalam diri, anda seorang yang lemah lembut & easy going. The strong & silent type!

  4. BENGAL: Anda seorang yang aktif, lasak, bijak & sukakan kehidupan yang bebas.

  5. SPHYNX: Anda seorang yang sangat aktif & tidak suka meninggi diri walaupun anda mempunyai pelbagai kelebihan. Mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

  6. SIAMESE: Anda seorang yang suka membuat lawak & friendly.

  7. SELKRIK REX: Anda tidak menyukai suasana yang bising & sukakan kedamaian serta seorang yang bertoleransi. Anda seorang yang pendiam, tapi penyayang.

  8. SCOTTISH FOLD: Anda merupakan seorang yang penyayang, low profile & mempunyai ekspresi yang manis. Anda seorang yang romantik, & mudah bergaul dengan orang lain.

Sumber: Majalah Gempak