e

Monday, March 19, 2012

PELUANG UNTUK ANDA MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!



Untuk menyertai, anda boleh klik gambar diatas :)


Ulike.com.my adalah laman web untuk pengguna.
Laman web ini akan berkongsi maklumat, info terkini dan perkongsian ilmu mengenai pengguna dan barangan pengguna di Malaysia. Sekadar berkongsi apa yang terbaik dipasaran bersama ahli-ahli yang mendaftar mengenai barang-barang pengguna.
Apakah trend terkini. Produk kegilaan remaja contohnya. Mengetengahkan apakah produk-produk yang baik, produk yang berkualiti,yang tahan lama, produk-produk yang terlalu mahal, terlalu murah.
Ulike.com.my akan berkongsi tips membeli belah, pengurusan kewangan, bajet dan pelbagai bagi perkongsian dari kacamata pengguna kepada pengguna. Ahli Ulike boleh bertukar-tukar pendapat dan juga menyuarakan idea dan keluhan sebagai pengguna.


Ulike adalah percuma dan lebih hebat lagi memberi hadiah dan diskaun kepada ahli-ahli yang mendaftar dengan cabutan bertuah setiap bulan.
Ulike.com.my akan bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar barangan pengguna untuk menyampaikan maklumat yang lebih tepat.
Mengupas maksud tersirat disebalik iklan-iklan atau promosi yang dilakukan oleh penjual. Memberikan penjelasan tentang produk dan servis yang dicadangkan kepada pengguna sebagai pembeli. Dengan ini pengguna lebih bijak memilih belian yang mana lebih baik dan bernilai untuk wang yang mereka keluarkan. Dengan usaha ini, pasaran pengguna (pembeli dan penjual) akan menjadi lebih matang dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada ekonomi Malaysia.

Diharap dengan sokongan anda dan pengguna di Malaysia. Idea Ulike.com.my dapat mencapai matlamatnya dan bersama dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Memberi situasi menang-menang kepada pengguna dan peniaga. InsyaAllah.

Dude Harlino feat. Asmirandah - Bunga-Bunga Cinta

Dah lama aku tak tulis entri tentang lagu. Tadi, masa merayau2 di Youtube, aku tak sengaja temukan lagu ni. Dari tajuknya, aku kurang mengenali lagu ini tapi sebaik saja mendengarnya, baru aku teringat aku selalu mendengarnya sebelum ni. Kebetulan juga, baru2 ni aku tertengok filemnya di Astro~ Dalam Mihrab Cinta. Serius lagu ni best (bagi aku la..) Apapun, jom layan~

Kecik2 Mak Dah Pesan, Jangan Tiru SUPERMAN!!



Tunggang motosikal "ala superman," pelajar diperintah kerja khidmat masyarakat 200 jam

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang menunggang motosikal "ala superman" diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk melakukan kerja khidmat masyarakat selama 200 jam.

Majistret Suzarika Sahak membuat keputusan itu terhadap Muhamad Hafiz Nor Azizaruddin, 19, selepas dia mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu di Jalan Loke Yew di sini pada 3.40 pagi, 17 Mac lepas.

Suzarika turut memerintahkan Muhammad Hafiz yang juga pelajar sebuah pusat latihan itu melakukan kerja khidmat masyarakat berkenaan dalam tempoh 24 bulan.

Muhamad Hafiz didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak melebihi RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor M. Rajan manakala Muhamad Hafiz tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Kucing Kucing Yang Popular Di Youtube!

Populariti kucing kucing ini boleh dilihat dari deretan siri video mereka yang sering mencatat jumlah tontonan tertinggi di Youtube. Hati hati, boleh jadi kucing kucing ni lebih popular dari mereka yang selalu meraih populariti dengan menyanyikan lagu cover version artis2 tempatan.. hehe

-MARU-
Kucing yang giler menggelongsor masuk ke dalam kotak!






-NORA-
Kucing yang suka bermain piano!




Err.. Yang ni lak aku tak tahu nama ia. Tapi keakraban kucing ni dengan keluarga manusianya memang boleh dilihat dari video2nya. Paling best, video ni! Kucing ni memang penyabar!




-BRUNELLO-
Inilah kucing popular yang mula2 aku kenal 3 tahun lepas. Waktu tu, aku suka search kat Youtube video2 kucing comel. & Bermula dari Brunello ni lah, aku mulai kenal Maru, Nora & kucing tak bernama diatas.

3 Cara Gembirakan Hati


Pernahkah anda berasa murung?, rasa sedih dan tidak tahu bagaimanakah untuk ubatinya?Terdapat banyak cara untuk mengembirakan hati. Tetapi 3 tips dipilih untuk memberikan panduan ringkas kepada anda.

SATU:

Kebanyakan masalah yang dialami mempunyai kesan yang mendalam kepada diri, Kadangkala ia berlarutan dan sentiasa menghantui kita. Ini membuatkan banyak pekerjaan menjadi tidak seronok dan tidak menjadi. Hal ini kerana anda sentiasa memikirkan masalah anda itu. Setiap masalah yang berlaku membuatkan anda sentiasa memikirkan jalan penyelesaiannya. Tindakan anda yang beterusan itu membuatkan hati anda tidak gembira. Adalah baik sekiranya kita memberi peluang kepada fikiran kita rehat dan begembira. Keadaan ini penting demi menjamin kesihatan mental dan membantu fikiran lebih bertenaga untuk menyelesaikan masalah yang dialami. Oleh itu penting untuk kita belajar dan melatih minda rehat/ melupakan masalah anda walaupun seketika. Sekurang-kurangnya minda anda tahu bila mahu mengawal pemikirannya supaya ia tidak menggangu kestabilan diri anda.

DUA:

Sikap risau juga membuatkan anda susah hati dan membuatkan hati anda tidak gembira. Kerisauan atau anxiety ini kadangkala tidak berasas dan mampu menjadi baja yang subur kepada percambahan masalah anda. Rasa kerisauan ini membuatkan anda selalu berfikir dan mentafsir walaupun apa yang anda fikir itu sebenarnya tidak pasti kebenaranya. Sebagai contoh anda risau tentang kawan rapat anda yang tidak menegur dan senyum kepada anda walau pada kebiasaan kawan anda selalu senyum kepada anda. Oleh itu datang perasaan dalam diri anda adakah anda telah mengecewakannya? adakah anda telah membuat kawan anda terasa? atau anda berasa ada kelemahan dengan sikap anda..Sebenarnya, dalam tempoh itulah anda sebenarnya berada dalam susah hati. Oleh itu adalah penting untuk anda buang sikap risau demi mengembirakan hati anda.

TIGA:

Dalam dunia yang mencabar ini banyak peluang dan potensi yang ada, banyak peluang untuk meningkatkan taraf hidup serta kesenangan anda. Tetapi adalah penting juga untuk anda fikirkan tentang perasaan dan hati anda. Janganlah jadi seperti manusia yang ingin pergi jauh tetapi sentiasa melupakan keadaan dan apa yang perlu untuk kereta anda. Sifat ini mungkin boleh membuatkan kereta anda behenti ditengah jalan hingga menggagalkan matlamat anda. Oleh itu, haruslah anda belajar besyukur dengan apa yang anda ada.. perasaan besyukur ini membuatkan anda behenti seketika, berehat dan berfikir sejenak apakah langkah seterusnya untuk anda berjaya. Perasaan bersyukur ini juga dapat meberikan ketenangan yang istimewa sehingga anda dapat merasakan anda yang sebenarnya.



ENTRI MENARIK: MACAM MANA NAK JADI LELAKI KACAK