e

Wednesday, March 28, 2012

JENIS-JENIS FOBIA


Masa blogwalking baru2 ni, aku ada terbaca entri menarik seorang blogger ni yang takutkan kucing.. Mungkin ada yang hairan, kucing yang comel tu pun nak takut, tapi kan, sebenarnya dalam dunia ni ada banyak jenis fobia yang di alami oleh semua orang. Jom tengok antaranya jenis-jenis fobia yang dimaksudkan:

Ablutophobia – ketakutan pada mandi, membasuh
Achluophobia – ketakutan pada kegelapan
Acrophobia – takut tinggi
Ailurophobia – takut kucing
Aquaphobia – takut air
Arachnophobia – takut labah2
Atychiphobia – takut pada kegagalan
Autophobia – takut pada keseorangan
Aviophobia – takut terbang
Chronophobia - takut pada masa & masa yang berjalan
Coulrophobia – takut kat badut (sah2 tak g makan McD nih)
Cyberphobia - takut pada komputer/ penggunaan teknologi
Decidophobia – takut buat keputusan
Gamophobia - takut kahwin, komitmen
Gelotophobia – takut diketawakan
Gerascophobia – takut dimamah usia
Glossophobia – takut bercakap di depan orang ramai
Hemophobia,– takut darah
Hippopotomonstrosesquipedaliophobia - takut perkataan yang panjang
Hypnophobia - takut tidur
Ophthalmophobia – takut direnung & dipandang oleh orang lain
Pediophobia - takut anak patung!
Philophobia – takut pada cinta
Pteromerhanophobia - takut naik kapal terbang
Spectrophobia – takut benda2 mistik
Thalassophobia – takut laut
Tokophobia – takut melahirkan anak
Turophobia – takut keju (macam ni pun ade??)
Workplace phobia – takut dengan tempat kerja
Xenophobia – takut pada orang asing, pelancong, & alien!
Entomophobia – takut serangga
Murophobia – takut tikus (leh kawan dengan Doraemon.. hehe)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER



Segmen pantas dari Mr. Ben Ashaari.. Jom2 join pada yang berkesempatan.. Segmen sampai kul 10 je ni..


Mr Ben tanya soalan untuk dijawab oleh blogger-


Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?


Secara spontan, biasanyalah kan, kita akan tanya "Wei, makan pe?".. Walaupun kita nampak dah kawan kita tu tengah makan nasi lemak.. Hehe

Aiskrim Scope 8 Tingkat


Cam best jek aiskrim ni. Tapi macam susah je nak makan.. Belum sempat makan scope pertama, aiskrim ni dah runtuh.. Gambar ni pun mungkin hasil suntingan pakar.. Realitinya, susah nak buat aiskrim bertingkat 8 macam ni.. Apepun, ade sesiapa yang rajin nak namakan semua jenis perisa scope aiskrim di atas? Hehe


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Ada Sesiapa Yang Tak Gunakan Lagi Baucer 1Malaysia? Meh Bagi Kat Aku Je Lah!


31hb Mac dah nak dekat.. Tarikh dah dilanjutkan sehingga penghujung April.. Korang dah guna baucer korang belum? Ke terkial2 macam aku tak tau ape nak dibeli? Atau mungkin ada yang dah lupe letak baucer tu kat mana? Haa.. Dari dibazirkan, baik korang g kedai buku sekarang.. Tak pun kalau malas sangat, bagi je kat orang yang lebih memerlukan.. Macam aku ni ke.. Heh2 ;p

Sebenarnya aku baru je dapat baucer ni 11 hari lepas.. Tak sangka student yang baru daftar macam aku ni dapat juga.. Alhamdulillah.. Sebelum dapat masuk OUM lagi aku dah berangan sal baucer ni.. Mcm best jek tgk orang lain spent baucer diorang.. Cuma sekarang aku tak de idea nak beli apa.. Mungkin buku tentang fotografi kot, sebab minat aku kat situ.. Aku baru je survey buku2 kat Popular & MPH minggu lepas. Jadi mungkin aku rasa aku akan ke MPH sekali lagi hari ni, sbb aku tengok buku2 kat sana lebih menarik. Jadi pada korang yang masih belum menggunakan baucer tu, jangan ke kedai buku ae ;)



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

::Hana Tajima Shawl Tutorial::


Jangan pelik ae aku buat entri tentang tutorial pakai shwal kali ni.. Bukan apa.. Aku tertarik dengan mereka yang memakai tudung ala Hana Tajima ni. Satu trend baru yang pada aku sangat kreatif & cantik mata memandang.. & aku pun sebenarnya baru je tahun ni mengenali Hana Tajima. Tak sangka pengaruhnya sangat besar di Malaysia, Brunei & Indonesia. Pada peminat & mereka yang belum pernah menyaksikan tutorial ni, jom tengok~ ;)




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

21 Cara Memotivasikan Diri


21 Cara Berkesan Memotivasikan Diri Anda
Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak berdaya, atau putus asa melanda diri anda!

Pilihlah mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, semangat dan mood diri anda akan berkembang dan segar kuat semula.

  • Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya. (Ingatlah bahawa orang-orang yang berjaya pernah melalui suasana kemurungan dan kebuntuan sebelum mereka mencapai kejayaan.)
  • Tulis artikel motivasi.
  • Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
  • Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
  • Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
  • Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
  • Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
  • Tatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
  • Meditasi.
  • Pergi tidur sehingga anda benar-benar sihat dan mendapat semula tenaga anda. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  • Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
  • Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
  • Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  • Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
  • Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  • Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
  • Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
  • Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga - satu tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit - exercise, elakkan daripada terlalu meneliti barangan-barangan yang dijual - takut nanti tambah penat otak.
  • Ikuti seminar motivasi.
  • Adakan kenduri doa selamat.
  • Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

REVIEW FILEM: JOHN CARTER


Baru-baru ni aku berpeluang menonton filem ni di the Spring, Kuching. Kebetulan ada masa senggang selepas kelas di OUM tamat di sebelah petang. Memang puas hati sangat dengan filem ni. Mengisahkan tentang John Carter, seorang veteren perang sivil yang tiba2 mendapati dirinya berada di sebuah planet tandus (Marikh) yang dihuni oleh kaum gasar setinggi 12 kaki. Mendapati dirinya menjadi tahanan mereka, dia berjaya melepaskan diri untuk membantu seorang puteri yang terdesak mencari seorang penyelamat-tipikal je kan bunyinya?

Tapi dari perkembangan jalan cerita, rekaan watak, memang berbaloi untuk korang menontonnya. Rekaan mesin mesin mengingatkan aku kepada filem Star Wars. Begitu juga adegan peperangan- walaupun tak begitu terperinci seperti Star Wars & Avatar, filem ini masih menghiburkan untuk ditonton.










ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!