e

Saturday, May 26, 2012

KEK LAPIS: Buah Tangan Untuk Balik Esok


Esok nak balik KL, pukul 9 malam tadi baru aku keluar cari kek lapis untuk buah tangan.. Nasib tak perlu pergi jauh mencari, sebab jiran selang sebaris rumah ada buat bisnes jual kek lapis.. Sejak 2 tahun lepas, memang aku beli kek dengan dia, setiap kali nak balik bercuti & raya.. & adakalanya dia tak lokek bagi aku percuma sebiji kek, macam tadi.. Aku cuma nak beli 5, tahu2 dia murah hati nak bagi lagi sebiji percuma.. Hehe.. Sayang kek Famous Amous yang pertama aku cari masa mula2 sampai tadi dah tak ada stok.. Yang ada pun dah di tempah awal2 oleh orang lain.. Mujur ada kek Coklat Keju sebagai ganti.. Kira boleh lah tu ;)

HAPPY 1ST ANNIVERSARY


Entri & ucapan ni aku tujukan untuk kawan baik aku di Kota Bharu yang menyambut Ulangtahun Perkahwinan Yang PERTAMA hari ini- 26 Mei 2012. Semoga berkekalan ikatan ini & berbahagia selalu ~ WISHING BOTH OF YOU ALL THE BEST FOR THE REST OF YOUR LIFE :)

JOM TENGOK: 5 LANGKAH UNTUK HIDUP BAHAGIA!


5 Peraturan Mudah Untuk Gembira
1. Bebaskan Diri Dari KEBENCIAN
2. Bebaskan Minda Dari KEBIMBANGAN
3. Hidup BERSEDERHANA
4. Banyakkan MEMBERI
5. Kurangkan BERANGAN

LUFYA Tujukan Lagu KETUHANAN Untuk Zarina Anjoulie?


Isu ini masih tidak selesai sebelum ini, & mungkinkah ini langkah yang diambil Lufya untuk menamatkan perang dingin antara beliau dan Zarina? Ikuti kupasannya dari blog OhBulan

"Mengambil langkah yang betul OHBULAN! rasa, terbaru dari Lufya, penyanyi ini “menghadiahkan” sebuah lagu yang mempunyai unsur ketuhanan kepada Zarina Anjoulie.

Kontroversi antara mereka berdua tercetus apabila Lufya mengeluarkan kenyataan kepada sebuah blog hiburan tempatan dengan mengatakan peminat sering tersalah anggap bahawa dia adalah Zarina Anjoulie. Kenyataan tersebut menyebabkan Zarina berang dan terus melancarkan “perang” terhadap Lufya.

“Peperangan” itu berlanjutan sehingga kemuka depan akhbar-akhbar tempatan dan Lufya kali ini mengambil langkah ingin berdamai dengan Zarina Anjoulie.

“Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu. Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu ‘Doaku’ untuknya.” – Lufya dipetik dari mStar Online.

Baguslah kalau begitu, buat apa dibesarkan benda-benda yang tidak elok kan? Kepada Zarina, anda terimakah “salam” perdamaian dari Lufya?"

Mood Nak Balik Semenanjung


Cuti sekolah dah bermula hari ni, & aku akan pulang ke Semenanjung esok lepas habis kelas di OUM.. Rasa macam badan aku je kat sini, tapi hati aku dah ada kat sana.. Cover timeline Facebook pun dah ditukar gambar kat atas~ pemandangan awan di sepanjang jalan menuju ke airport Kuching.. Langit memang selalu buat aku rindu nak balik ke sana!

INFO & REVIEW: SAMSUNG GALAXY S III~ CUN!!!

Info & Review Samsung Galaxy S III yang dilancarkan baru-baru ini!

UNTUK INFO SELANJUTNYA, KLIK 'READ MORE' DI BAWAH



Didatangkan dalam dua warna: Marble White & Pebble Blue, SAMSUNG GALAXY S III ini juga mempunyai ciri ciri istimewa lain, antaranya skrin bersaiz 4.8” HD Super AMOLED, kamera 8 Megapixel, ketahanan bateri 2,100mAh, saiz yang nipis (ketebalan 8.6mm) dengan berat 133g & menggunakan Sistem Operasi Android versi 4.0 – Ice Cream Sandwich.

Harga: belum di umumkan oleh pihak Samsung.

SUMBER & KREDIT:MyVitr &SAMSUNG

NAJWA LATIF KENA BALING TEPUNG MASA SAMBUT HARI JADI.. HEHE.. HAPPY BELATED BIRTHDAY NAJWA LATIF ;P

Gambar sebelum & selepas dipedajal dengan tepung oleh kawan2nya di sekolah.. Apepun Hapy Belated Birthday Najwa Latif!




Kan dah jadi macam tepung gomak.. Hehe.. Teringat kena pedajal dengan tepung oleh Nubhan masa celebrate hari jadi dengan Nubies dulu .. ;p