e

Sunday, June 24, 2012

LAWAK Kucing COVERLINE: COMEL!!

LAWAK Kucing COVERLINE.. Memang tak boleh blah!


Entri santai untuk pagi ini sebelum memulakan kerja~ Selamat Pagi semua! Harap mood korang baik2 je pagi ni, walaupun di hari Isnin ;)

Apa komen korang tentang penyampaian karikatur di atas yang menggunakan tulisan Jawi? Pada aku, ia satu pendekatan yang boleh dipuji- dalam menarik perhatian mereka di luar sana untuk memahami, membaca & memantapkan penguasaan Jawi mereka sendiri.

Konklusi Minda: PERBEZAAN KETARA Antara Mereka Yang LEMAH, GAGAH & BIJAK

Apa PERBEZAAN KETARA Antara Mereka Yang LEMAH, GAGAH & BIJAK?




LEMAH, GAGAH dan BIJAK yang dimaksudkan bukan dinilai dari segi SAIZ tubuh badan mahupun USIA, tapi dinilai dari keupayaan membawa diri & mencorakkan kehidupan dalam mengharungi cabaran kehidupan sosial yang sangat rumit. Jom nilaikan kata-kata di bawah ini, & mungkin korang juga bersetuju dengan pendapat ini:





"Mereka yang LEMAH akan MEMBALAS DENDAM
Mereka yang GAGAH akan MEMAAFI
Mereka yang BIJAK TIDAK AKAN MENGHIRAUKANNYA"



Bagaimana? Korang mesti pernah mengalami situasi dimana berdepan dengan kerenah manusia yang memeningkan.. Pada keadaan seperti itu, manakah antara SIFAT diatas yang mencerminkan tindakan kita? Sekadar renungan bersama..

Ps: Entri kali ni ringkas saja, sekadar memenuhkan syarat buat masa ni sebab dari pagi tadi tak sempat post sebarang entri dek kesibukan mengikuti kuliah di OUM.. Pada yang singgah melawat ke blog Zam hari ni, terima kasih banyak-banyak ye ~ sokongan korang memang Zam hargai! ;))