e

Showing posts with label Cats. Show all posts
Showing posts with label Cats. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Apa Kesudahan Anak Kucing Yang Ditangkap Zam?

Assalamualaikum & selamat petang semua.

Masih ingatkah anda bila Zam ceritakan tentang anak kucing yang Zam tangkap di sekolah Zam minggu lepas? Kenapa ditangkap? Ha.. Sebab 2 ekor kucing tu selalu tinggalkan hadiah di bilik Sains sekolah Zam. Sebab tak nak perkara tu berulang, jadi kami tangkap. 

Berpeluh jugalah Zam mengejar kedua-duanya, nak-nak lagi bila seekor darinya keluar dari bilik Sains dan menyorok di dalam longkang. Terkankang-kangkang dia lari bila kami kejar. Akhirnya, dengan menggunakan beberapa ikhtiar, Zam dapat cekup dia dari dalam longkang.

Jadi apa kesudahannya dengan 2 ekor anak kucing tu?


Thursday, May 15, 2014

Kucing Selamatkan Kanak-Kanak Dari Serangan Anjing

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Entri awal hari ni berkisarkan 1 video yang Zam tonton sebelum turun ke sekolah pagi tadi. Membaca tajuknya sahaja membuatkan Zam tak percaya, macam mana seekor kucing bertindak menyelamatkan seorang kanak-kanak dari anjing. Apa yang kucing tu lakukan?

Video tersebut yang baru dimuat naik semalam (sebab baru terjadi) telah mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi di Youtube.

Jom tengok video rakaman dari CCTV yang diletakkan di rumah mangsa:


Friday, April 18, 2014

Macam Kucing Zam 15 Tahun Dulu


Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Sambil bergolek-golek atas katil pagi tadi dan online, Zam terjumpa gambar kucing ni bergolek-golek di depan monitor. Alahai... Comel je lagaknya.. Muka, corak & warna, sama macam kucing Zam 15 tahun dulu. Kucing pertama yang Zam bela di Serdang.. Itupun terjumpa di belakang rumah, sebab ia selalu berlegar-legar di kawasan tu mencari makanan. 

Biasanya, Zam cuma ada kucing di kampung, iaitu Kelantan. Di Serdang, tak pernah ada atau bela kucing. Tapi itulah, 15 tahun dulu, buat pertama kalinya Zam buat permintaan dengan family Zam untuk miliki kucing sendiri untuk dibela di Serdang.. 

PS: Dari dulu sampai sekarang, memang tak putus-putus kucing-kucing ni datang ke belakang rumah untuk makan. Ada masa nanti, Zam kongsikan gambar-gambar kesemua kucing yang selalu melepak di rumah kami ;)

Sunday, April 6, 2014

Tak Faham Kenapa Perlu Tarik Perhatian Sampai Macam Ni


kucing.. mereka memang suka buat macam ni pada tuan mereka.. kalau tuan mengadap laptop, depan dan atas laptop lah ia menonggeng dan melepak. Kadang-kadang nak tahu sangat, kenapa mereka suka buat macam tu. Sebab nak tarik perhatian tuannya, atau sengaja nak duduk atas tempat beralas, sebab kucing memang suka duduk dan baring beralaskan sesuatu.

Friday, April 4, 2014

Jenama Baru Untuk Ah Keng


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Baru baru ni Zam bercadang nak cuba carikan makanan yang murah sikit harganya berbanding Friskies untuk Ah Keng, dan alhamdulillah Zam jumpa satu produk yang sesuai buat masa ni. Namanya Pro Diet, dan Zam pilih jenama ni sebab harganya lebih murah berbanding Friskies dengan kandungan yang lebih banyak.

Untuk 1.3 kg Friskies, harganya di sini RM18++. Kalau Pro Diet ni, untuk 1.5 kg tambah 200g extra = 1.7 kg harganya RM16.90. (Harga kedua-dua jenama di pasaraya yang sama, iaitu Pasaraya Everise, Kuching)


Monday, March 31, 2014

Bayangkan Kalau Dia Ni Yang Selfie


Selfie. Jadi satu trend yang jika tidak dikawal dengan baik, boleh menyebabkan seseorang jadi terlalu obses sehingga ke peringkat yang lebih teruk~ iaitu kehidupan terjejas sehingga boleh membunuh diri. Pelik kan? Tapi itulah manusia.. Jangan dihairankan kalau perkara macam tu boleh terjadi.

Tapi, bagaimana pula kalau cik cing boleh berselfie? Mesti lebih heboh diperkatakan berbanding lelaki yang terlalu obses berselfie hingga menimbulkan rasa menyampah orang ramai.. Hehe

Wednesday, March 26, 2014

Tuesday, March 25, 2014

Pujuk Si Dia Menangis Dengan Kucing


Assalamualaikum & selamat petang semua..

Hari ni, hari kedua Zam berada di Serdang. Dalam masa bercuti ni, rutin biasa melayan 3 anak buah yang masih kecil di rumah. Kebetulan yang bongsu berumur dua tahun tu pun ada, sebab pengasuhnya ke Singapura minggu ni. Jadi makin gamatlah rumah ni sepanjang hari.

Saturday, March 15, 2014

Betul Ke Tidak Ni?


Assalamualaikum & selamat malam.. Tajuk entri malam ni merujuk kepada kata-kata yang dikongsikan diatas, yang lebih kurang bermaksud: "kucing selalunya pandai menilai, dan ia akan selalu pergi kepada orang yang baik" atau dalam erti kata lain, orang yang suka kucing ni, orang yang baik hati..

Mungkin kata-kata ni datang dari pemerhatian kasar sahaja.. Kalau betul, mungkin kebetulan sebab banyak lagi petanda seseorang tu penyayang dan baik.. Jangan salah anggap ya... Zam tak kata orang yang tak suka kucing tu, tak baik :) 

PS: Selamat malam semua.. bestnya esok Sabtu..

Thursday, March 13, 2014

Kelebihan Dengkuran Kucing Kepada Manusia



Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Buat peminat kucing, mungkin ini satu info baru buat anda. Siapa sangka, dengkuran kucing (atau dengungan kucing mengikut Google translate untuk perkataan purr) mempunyai daya penyembuhan semulajadi buat manusia. Ini kerana getaran yang dihasilkan mereka sekitar 20-140Hz itu merupakan terapi untuk beberapa penyakit, termasuk tekanan (stress) dan mampu merendahkan tekanan darah.

Sunday, March 9, 2014

Ni Yang Zam Menyampah Ni!


Cer cari Meow Dalam Gambar Ni

Setiap kali jumpa gambar kat Facebook suruh cari kucing macam ni, Zam rasa cukup menyampah.. Bukan apa, menyampah sebab rasa susah sangat nak jumpa kucing dalam gambar yang bercelaru tu dan confirm tak kan jumpa punya.

Suruh Zam abaikan saja?

Anak Kucing Jadi Anak Kera


A long-tailed Macaque monkey adopted this abandoned kitten in the Ubud Forest, Bali

Assalamualaikum & selamat pagi semua.. Awal-awal pagi Ahad ni dalam mood santai, Zam kongsikan entri bergambar buat anda. Sumber dari group Kami Sayang Kucing. Kalau tengok dengan teliti, memang kera tu jaga anak kucing tu betul-betul, macam anak sendiri nak-nak lagi gambar paling kanan.

Wednesday, February 26, 2014

Keakraban Seorang Nenek Dengan Kucingnya (Edisi Touching)

Misao yang tinggal di kawasan kampung pedalaman di Jepun menemui seekor anak kucing putih liar yang baru lahir, si jantan bermata heterochromia iridum, lalu mengambil keputusan untuk membelanya. Dan sejak itu, dia dan kucing yang dinamakan Fukumaru itu menjadi sangat akrab & tidak dapat berenggang. (Gambar diambil sendiri oleh cucunya, Ihara Miyoko)


WW: Pomen Lupa Cuci Muka

(klik imej untuk paparan yang lebih jelas)


Friday, February 21, 2014

Kat Muka Ada Bunga

Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Malam ni entri ringan ringan je.. Tak larat dah rasa nak membebel panjang panjang.. Kisahnye, mengenai si debab gumuk kat dalam gambar ni.. Cam unik je corak kat muka ia... Sekali dengan sepasang mata, macam bunga orkid dah Zam tengok.. Ke korang ternampak ape?

Saturday, February 8, 2014

Eh.. Mereka Ni Tertukar Mata Ke Apa??


Assalamualaikum & selamat malam semua. Bila tengok gambar kucing ni, rasa macam cun cun je mata mereka berlainan warna pada bahagian yang berbeza.. Macam main tukar-tukar pun ada.. Hehe.. 

Friday, January 31, 2014

Zam & Ah Keng Wishes All Of You A Happy Holiday


Assalamualaikum & selamat pagi. Tengah dalam mood bercuti ni, ramai je yang tak on kan komputer.. Facebook pun jadi sunyi sepi, sama macam suasana di jalan raya petang semalam.. Apapun, selamat bercuti lah ye Zam dan Ah Keng ucapkan.. Kenal dan masih ingatkah korang pada Ah Keng? Kucing milik jiran Zam yang berbangsa Cina yang selalu datang ke rumah Zam minta makanan. Sebab tu namaya nama Cina~ Ah Keng. Ni gambar pagi tadi, lepas selesai je makan, ia join Zam sambung bergolek-golek atas katil.. :)

Wednesday, January 29, 2014

Wordless Wednesday: Pasrah


ps: cer tengok muka cik cing tu.. pasrah je kan kene jadi senapang patah


Saturday, January 25, 2014

Harap-Harap Bukanlah Apa Yang Zam Fikirkan! Tapi..

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu.. Hari ni, Zam keluar awal pagi seperti biasa sebab ada sesi persekolahan ganti sempena Chinese New Year minggu depan. Walaupun masih awal di hari Sabtu, memang banyak dah kereta di jalan raya waktu Zam turun tadi. Dalam masa nak melintas jalan tu, tiba tiba mata Zam terpandang pada satu objek yang melayang macam ditiup oleh angin kereta yang melalui jalan tersebut.

Dari jauh, Zam tengok ia bewarna oren.. Sedikit pipih.. Apa benda yang melayang ke tepi jalan tu eh? Plastik ke? Kain buruk?

Friday, January 24, 2014

Mungkin Ini Satu Kelebihan Mempunyai Kucing Di Rumah


berkisar ke kiri, fikiran berserabut
mengiring ke kanan, fikiran tambah kalut
tiba tiba cik cing datang, hilang apa yang difikirkan
bila ia bermanja dengan kita, terus kita berasa tenang
<3