e

Tuesday, March 25, 2014

Pujuk Si Dia Menangis Dengan Kucing


Assalamualaikum & selamat petang semua..

Hari ni, hari kedua Zam berada di Serdang. Dalam masa bercuti ni, rutin biasa melayan 3 anak buah yang masih kecil di rumah. Kebetulan yang bongsu berumur dua tahun tu pun ada, sebab pengasuhnya ke Singapura minggu ni. Jadi makin gamatlah rumah ni sepanjang hari.

Tadi waktu datuknya (ayah Zam) nak keluar waktu Zohor, si kecik 2 tahun tu dah siap-siap nak mengikut.. Sangkanya, ayah Zam nak bawa & hantar dia ke rumah pengasuh.. Memang dia suka ke sana sebab pengasuh tu manjakan dia.. Padahal ayah Zam nak ke tempat lain, jadi si kecil tu tak dibawa.

Apa lagi, menangislah dia sebab tak dibawa bersama, Bila dia menangis, Zam terus dukung dan bawa dia ke belakang rumah, dengan harapan ada kucing untuk ditunjukkan pada dia. Biasanya, itulah yang Zam buat untuk pujuk dia.

Mujur, ada seekor kucing berbulu lebat (milik jiran rasanya) di belakang rumah Zam. Bila dia tengok je kucing tu, terus dia diam. Zam turunkan dia, dan biakan dia main dengan kucing tu. 

12 comments: