e

Saturday, January 25, 2014

Harap-Harap Bukanlah Apa Yang Zam Fikirkan! Tapi..

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu.. Hari ni, Zam keluar awal pagi seperti biasa sebab ada sesi persekolahan ganti sempena Chinese New Year minggu depan. Walaupun masih awal di hari Sabtu, memang banyak dah kereta di jalan raya waktu Zam turun tadi. Dalam masa nak melintas jalan tu, tiba tiba mata Zam terpandang pada satu objek yang melayang macam ditiup oleh angin kereta yang melalui jalan tersebut.

Dari jauh, Zam tengok ia bewarna oren.. Sedikit pipih.. Apa benda yang melayang ke tepi jalan tu eh? Plastik ke? Kain buruk?

Makin dekat, makin Zam risau... Harapannya, objek bewarna oren tu bukan seperti apa yang Zam takutkan.. Harap harap, objek tu cuma sampah seperti plastik atau kain buruk..

Kenderaan yang lalu lalang pun seolah olah mengelak dari menggelek objek tu..
 
Tapi..

Dalam jarak 10 meter, Zam dah nampak dengan jelas apakah objek itu sebenarnya..

Aduh.. Kesiannya..

Seekor anak kucing, warna oren, terbaring membelakangkan Zam..

Dengan berhati hati, Zam tunggu sehingga tiada kenderaan untuk mengambil kucing tersebut.. Zam harap ia masih bernafas, tapi bila melihatkan mukanya yang sedikit kemek, Zam tahu dah terlambat untuk Zam buat apa apa.

Zam angkat tubuhnya, dan letakkan ke perdu pokok yang berdekatan.. Zam tak dapat nak uruskan yang selebihnya sebab Zam perlu ke sekolah dengan segera... Cuma itu je yang mampu lakukan supaya tubuhnya tak terus digilis kenderaan yang lalu lalang..

Sian meow....


26 comments:

  1. sedihnye..tb pon xsanggup nk tgk klu kucing kne cmtuh.hur,, +__+

    ReplyDelete
  2. aduh sedih dan kesiannya... macam nak bergenang jer air mata ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa gak tadi.. tp bila dh alihkan ke tepi, rasa ok sikit..

      Delete
  3. urmm..selalu jugak jumpa kucing kena langgar kat atas jalan..kesian pulak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah kucing pandai melintas jalan macam anjing..

      Delete
  4. pernah nampak jugak, terus pening kepala seharian

    ReplyDelete
  5. speaking of anak kucing mati..yesterday our kitten pun died :( xtau ape punca sebenar the kitten died :(

    ReplyDelete
  6. siannya..xsuka la tgk kucing xcident..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. same ar.. klu boleh tak nak terjumpa langsung

      Delete
  7. Siannye :'(

    awksweetgitu.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. sian... comel kucing tu.. knp ntah dia nak lintas jln besar tu

      Delete
  9. kesiannya.... dah sampai ajalnya kat situ..

    ReplyDelete
  10. mmg sedih bila tengok meow tak bernasib baik mcm tu... oh tu lukisan Faboarts kat Deviantart, saja nk kasitau ^^

    ReplyDelete
  11. alahai..kesiannya. sedih pulak rasa baca entri ni..

    ReplyDelete
  12. aduhai...kalau boleh mengelak dari terlanggar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. kalaulah kucing pandai melintas..

      Delete